Wednesday, April 22, 2015

BN Mampu Capai Kemenangan Besar Hasil Kesepaduan Semua – Hishammuddin

22 April 2015, Rompin : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin dengan kemampuan Puteri UMNO berdasarkan dengan kekuatan jentera yang ada, mampu untuk bergerak di setiap pelusuk kawasan Parlimen Rompin bagi mewujudkan gelombang yang luar biasa, demi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di dalam pilihan raya kecil (PRK) di sini.

“Ini bukan suatu yang mustahil kerana semangat yang ada di dalam Puteri UMNO cukup luar biasa.

“Sejak penubuhannya, sayap pergerakan parti ini memainkan peranan yang amat penting dalam memperjuangkan dan mempertahankan dasar parti,” ujarnya lagi di hadapan hampir tujuh ratus jentera Puteri UMNO Negeri Pahang.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan jentera Puteri UMNO Negeri Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir adalah calon BN, Datuk Hasan Arifin, Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan, Ketua Puteri Pahang merangkap Ketua Puteri Rompin Azlina Azma Mohd Azmi dan Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Roslin Abdul Rahman.
Beramah Mesra Bersama Puteri
PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih pada awal April baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian adakan diadakan pada 5 Mei manakala pengundian awal pada 30 April.

Tambah Hishammuddin lagi, tujuan berhimpun pada hari ini adalah bukan semata-mata sekadar berhimpun, tetapi ini kerana semua jentera berada di dalam satu ujian, iaitu ujian menghadapi pilihan raya kecil.

“PRK ini yang mendapat bantuan daripada DUN-DUN angkat serta negeri-negeri angkat, pasti mampu mencapai sasaran seperti yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan parti.

“Seperti biasa, Puteri diberi peranan mendekati golongan muda.

“Jelas bahawa parti mengharapkan Puteri, agar mampu bersama-sama dalam mencorak untuk generasi yang akan datang,” katanya.

Sehubungan itu, tegas beliau, tugas ini menjadi tangunggjawab di atas bahu kepimpinan golongan muda parti ini.

Seterusnya, beliau juga mengharap agar kemenangan besar BN pada PRK Rompin ini mampu menjadi mesej yang jelas kepada PRK Permatang Pauh, bahawa BN semakin diterima baik.

Sebelum itu, Mas Ermieyati turut berkata bahawa jentera Puteri akan memastikan sokongan org muda di Rompin ini tetap kepada BN.

“Ini kerana Datuk Hasan Arifin adalah seorang yang berkaliber, berdikasi serta mampu menjalankan tanggungjawab berdasarkan pengalaman-pengalaman beliau sebelum ini.”

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu turut yakin, dengan kekuatan jentera yang bergerak seiring, sudah pasti BN mampu menambah majoriti yang lebih besar.

Dipetik daripada sumber : Media UMNO

No comments:

Post a Comment