Thursday, April 23, 2015

Lima Sekawan Mahu Menegakkan Benang Basah?

23 April 2015, Kuala Lumpur : EXCO Pemuda UMNO, Armand Azha Hj Abu Hanifah, menafikan laporan MYKMU mengenai gerakan Lima Sekawan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Menurut Armand Azha, mereka hanya membincangkan isu 1MDB tanpa membabitkan Presiden UMNO itu dan laporan MYKMU berniat jahat bertujuan ratings.

Sebenarnya MYKMU telah melihat salinan laporan yang akan dihantar kepada Perdana Menteri dan mempunyai sumber yang boleh dipercayai untuk mengesahkan laporan tersebut.

Namun sekadar persoalan malam ini, mesyuarat Naib Ketua Pemuda UMNO dengan Pemuda UMNO Johor berlangsung pada jam 1.30 petang semalam di bandar Muazam Shah, Pahang.

Armand menyatakan ia sekadar membincangkan isu 1MDB dan menyalahkan pengurusan 1MDB semata.

Jika demikian mengapakah status Facebook Armand pada jam 2 petang semalam dengan jelas menyatakan beliau lebih sayangkan parti dari individu?

Bukankah status yang berlaku serentak dengan perbincangan hangat dalam perjumpaan tersebut menunjukkan arah lima sekawan ini?

arman1
Sejak beberapa hari lalu Armand juga dengan jelas  menggunakan hastag #jebat, yang merupakan watak penentang pemerintah dalam sejarah Melayu.

Selain Armand, seorang lagi EXCO Pemuda yang terbabit dalam permainan minda ini ialah Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi. Status Facebook beliau seawal 21 April lalu sudah membayangkan hasutan kepada pemuda untuk menjatuhkan Mohd Najib
putrasyamsul
Mereka boleh menafikan apa yang berlaku dalam perjumpaan terbabit. Namun, laporan perjumpaan terbabit jika digabungkan dengan status-status mereka beberapa hari lalu hanya mengesahkan gerakan tersebut.

Mungkin jalan terbaik untuk lima sekawan ini membersihkan nama mereka ialah dengan membuat laporan polis agar satu siasatan yang jelas dapat dijalankan.

Namun lebih elok jangan menegakkan benang basah. Isytihar sahaja dengan nyata dan jelas tidak lagi menyokong Presiden parti.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment