Monday, April 27, 2015

Pembangkang Iri Hati Kejayaan BN Bina Felda

27 April 2015, Rompin : Kewujudan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau lebih dikenali dengan nama Felda sejak 58 tahun lalu adalah merupakan bukti kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mengurus tadbir negara dengan baik dan cemerlang.

Walaupun begitu, selepas kejayaan demi kejayaan diraih, kemajuan demi kemajuan dikecapi oleh Felda dan dinikmati oleh masyarakatnya, terdapat segelintir pihak yang cuba menafikan hakikat tersebut dengan sering memanipulasi isu-isu bagi mempengaruhi pemikiran peneroka rancangan seperti isu bankrap, himpunan selamatkan Felda, isu perumahan generasi kedua dan sebagainya.
DSC_0381 
Sehubungan itu, menurut pandangan ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad, segala isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu hanyalah dakyah pembangkang semata-mata sebagai cubaan untuk kelirukan rakyat.

“Sebenarnya, kalau kita melihat isu Felda ini, dalam sesi perbahasan di dalam Parlimen pun, pembangkang akan mengatakan Felda ini hendak bankrap tetapi hakikat sebenarnya ia mendapat keuntungan yang besar setiap tahun.

“Bila tiba musim pilihan raya ini sudah pasti isu-isu yang mereka nyatakan sedemikian rupa. Begitu juga dengan isu sedikit penurunan dari segi saham Felda Global Ventures (FGV) itu sendiri, tetapi dalam masa yang sama, syarikat itu dalam proses pelaburan yang besar, dalam proses itu juga kita mendapat keuntungan,” jelas beliau kepada UMNO-Online.

Beliau turut perpandangan bahawa Felda tidak menghadapi masalah besar seperti dakwaan pembangkang.Walaupun terdapat sedikit penurunan dari segi saham FGV, ia dikira dalam proses pelaburan kerana sesiapa sahaja yang beralih kepada perniagaan baharu sudah pasti modal yang dikeluarkan akan lebih dan mempunyai susut nilai.

Menurut beliau lagi, ini boleh dilihat di mana Pengerusi Felda itu sendiri, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kerap turun padang untuk memperjelaskan isu ini, supaya masyarakat mendapat maklumat dan gambaran yang sebenar.

Begitu juga dengan perumahan generasi kedua yang kini sedang berjalan, Felda dalam proses pelan dan pecahan geran yang melibatkan akta Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA), yang kini masih dalam satu geran, katanya lagi.

“Sekarang dalam usaha untuk pecah-pecahkan lot untuk dibina perumahan generasi kedua dan waima jika ada yang melibatkan generasi ketiga.

“Perumahan generasi kedua, saya terlibat secara langsung dalam mesyuarat, dalam pembangunan daerah Lipis, kita tahu masalah-masalah tanah ini yang masih dalam proses untuk dikeluarkan geran-geran lot ini daripada GSA itu, maka bila ia dapat diselesaikan, pembinaan akan dibuat pada bila-bila masa,” jelasnya.

Tetapi dalam yang sama, beliau juga berpandangan bahawa ada sesuatu perkara yang kerajaan perlu melihat kembali yang melibatkan kepentingan dan kebajikan peneroka, umpamanya ada beberapa kes yang dahulu apabila berlaku penebangan kawasan perladangan, bantuan diberi oleh Risda tetapi hari kini pihak Felda tidak membenarkan lagi, ujarnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment