Thursday, April 23, 2015

Pengeluaran Wang Caruman KWSP Kekal 55 Tahun - PM

23 April 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada rakyat bahawa pengeluaran wang caruman penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan pada usia 55 tahun.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat bagi memastikan berlaku keadilan selain para pencarum akan dapat terus menikmati kemakmuran sewaktu bersara.

“Keputusan ini juga berdasarkan sokongan popular,” kata Najib sewaktu berucap pada majlis pelancaran Invest Malaysia 2015.

Yang turut hadir pada majlis ialah Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz.

Dipetik daripada sumber : UTUSAN

No comments:

Post a Comment