Monday, April 27, 2015

Rehatkan Jentera… Kemelut Pakatan Pembangkang Makin Parah Hingga Ke Akar Umbi

28 April 2015, Permatang Pauh : Tindakan Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang ‘merehatkan’ jentera mereka dalam kempen membantu calon PKR di  pilihanraya kecil Permatang Pauh ini jelas memperlihatkan perpecahan di kalangan pakatan pembangkang sudah menular sehingga ke peringkat akar umbi seolah-olah ianya tidak mampu di selamatkan lagi, demikian jelas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Bakar Sidekh.

Jelas beliau, kemelut dan perpecahan di dalam pakatan pembangkang ini yang sudah menular ke akar umbi membuktikan bahawa mereka berada di dalam keadaan yang lemah akibat tidak ada lagi persefahaman serta konflik yang berpanjangan antara ketiga-tiga parti tersebut.

“Kita boleh lihat biarpun dalam keadaan menghadapi piliahnraya kecil seperti ini pun, mereka masih lagi berbalah. Jadi bagaimanakah kita mahu memberikan amanah ataupun harapan kepada pakatan pembangkang untuk memberikan khidmat mereka kepada rakyat di kawasan ini?

“Jika isu yang sebegini mereka tidak dapat selesaikan, bagaimanakah mereka mahu menyelesaikan isu-isu yang lebih besar sebagai contoh isu permasalahan rakyat dan sebagainya pada masa yang akan datang,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
DSC_8481
Semalam, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) membuat kenyataan bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh ekoran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Biarpun pimpinan Pas diperingkat pusat telah mengeluarkan kenyataan bahawa jentera Pas akan membantu kempen PKR, namun DPPNPP tetap bertegas memboikot PRK Permatang Pauh.

“Mungkin juga kenyataan dari pimpinan Pas pusat itu hanyalah semata-mata untuk mengkaburi mata rakyat berhubung kemelut yang berlaku di peringkat akar umbi, namun jelas perkara ini tidak dapat disorokkan ekoran kenyataan pimpinan pemuda Pas bahagian yang tetap berkeras mahukan AMK memohon maaf terlebih dulu ekoran kenyataan berkenaan hudud.

“Sehubungan itu, kita dapat lihat dengan jelas betapa  konflik yang berlaku di antara Pas, PKR dan DAP  khususnya berhubung soal hudud ini telah memecah belahkan mereka bukan sahaja di peringkat pusat, malah semakin kritikal dan kronik sehingga  sehingga ke peringkat akar umbi,” ujarnya.

Justeru itu, mengambil iktibar daripada perpecahan dan ketidaksefahaman yang diperlihatkan oleh pakatan pembangkang, beliau berharap agar pengundi-pengundi di Permatang Pauh dapat membuat penilaian yang lebih rasional berhubung calon dari parti manakah yang layak untuk mewakili mereka di kawasan ini.

“Jadi saya berharap agar pengundi-pengundi di Permatang Pauh untuk berfikir dengan lebih rasional, terbuka dan matang serta menilai prestasi dari sudut persefahaman, perpaduan serta kebolehan pakatan pembangkang untuk membantu rakyat berbanding BN yang sentiasa kekal dalam persefahaman dan perpaduan untuk memberikan khidmat yang terbaik buat rakyat, khususnya di Permatang Pauh ini,” ujarnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment