Tuesday, April 21, 2015

“Undur Madey Negara Okay” – Masih Kah Kau Ingat ? (e-mel pembaca)

EDITOR MENULIS

22 APRIL 2015

Satu ketika dulu ahli UMNO diganyang dan dibelasah dengan pelbagai gelaran hanya kerana mempertahankan Presidennya yang bernama Mahathir Mohamad.
http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2015/04/mahathir-najib-.png
Orang UMNO dilemparkan tuduhan kafir, tahgut dan bodoh hanya kerana pemikiran Presidennya. 

Bukan sahaja ahli UMNO , bahkan Presidennya sendiri di beri gelaran Mahzalim, Mahafiraun, bermakna jugalah orang dan ahli UMNO yang menyokong individu ini ada lah sama juga dengan yang di sokong.

Pada pertuduhan ini dan panggilan gelaran ini apakah yang ahli UMNO lakukan?

Mereka tumpang terima saham kehinaan dan cacian dengan berdiri teguh di belakang Presidennya. Kerana apakah mereka lakukan itu semua? Kerana mereka dididik setia dan akur.

Ketika ahli UMNO berjumlah tiga juta orang itu berdiri teguh dan setia, bukan semua dari mereka dapat IPP, Kerja bina lebuhraya, bina bangunan, lesen astro , projek mega atau projek tidak mega, tetapi mereka setia juga.

Penjilatkah mereka semua?

Kini kesetian mereka kepada Presidennya diejek, dihina hanya kerana ketidakpuasan hati seorang individu yang sudah merasai segalanya ketika menjadi Presiden UMNO.

Jasa-jasa individu ini semua terhasil kerana dia dapat menjadi Presiden UMNO.

Dipuji, dilambung, dimuliakan kerana apa? Kerana dia pernah jadi Presiden sebuah parti bernama UMNO.

Siapa dan apakah yang patut disanjung? Parti UMNO atau individu ini?

Apa pula balasan individu ini setelah menikmati kesemua itu kerana menjadi Presiden UMNO atas sebab ahlinya setia dibelakangnya?

Hinaan demi hinaan, ejekan demi ejekan. Itulah balasan nya.

Ketika 14 orang Islam mati di bunuh di Memali, apa terjadi kepada UMNO? Sama lah juga , ia itu parti di hina dan di ejek kerana memilki Presiden Mahazalim dan maha firaun, tetapi orang UMNO yang majoriti nya hanya dapat T-shit, kain pelikat dan payung tetap juga teguh berdiri di belakang Presiden nya.

Ketika isu Perwaja yang di akibat kan oleh bukan ahli UMNO pun tetapi berkait dengan Presidennya, apa terjadi? Ahli UMNO setia juga terima tembakan demi tembakan, mereka setia tetap setia.

Demi siapa? Siapa lagi jika bukan Presidennya.

Apa rumusan pada ini semua? Iaitu didikan kesetian pada Presidennya walau entah betul atau tidak tindakannya.

Orang UMNO yang ke masjid dan surau yang juga mengerjakan haji tetap di panggil gelaran kafir kerana Presidennya di katakan menolak hudud dan isteri tidak memakai hijab.

Apa ahli UMNO buat? Tetap setia di belakangnya.

Ketika anak Presiden dituduh memiliki kilang arak betul atau tidak, ahli UMNO di Bandar di ceruk kampung, yang hanya ada motosikal buruk dan beskal buruk tetap teguh dan akur dengan Presidennya.

Kini apa sudah terjadi sebaik sahaja individu yang sudah puas jadi Presiden tidak suka kepada sesuatu?

Mereka yang sudah berpuluh tahun , bahkan 22 tahun diajar setia, tunduk dan akur kepada Presiden, digelar penjilat pula.

Orang ini yang pernah menyebabkan nama UMNO menjadi erti “Undur Madey Negara Okay” suruh ahli yang dididiknya jadi akur dan setia supaya sanggup bergaduh sama sendiri bahkan menolak sifat yang mereka pegang selama dia menjadi Presiden kepada sifat menolak Presiden pula.

Bukan sekali , bahkan kali kedua pula.

Salahkah apabila ada ahli UMNO menolaknya kerana mendapati kehendak individu melampaui kehendak ahli parti?

Partikah yang harus akur kepada individu atau sebaliknya?

Sistem apakah jika Presiden yang bertanding dan dipilih boleh ditolak hanya kerana seseorang tidak menyukainya?

Inikah balasan kepada parti? Mana lebih penting parti atau individu?

Mungkin kata kata penentang UMNO satu waktu dulu “Undur Madey Negara Okay” amat betul dan tepat , kerana sehingga hari ini individu itu masih belum berundur dalam erti kata sebenar.

Tepuk dada tanya minda... mudah-mudahan anda pun boleh berfikir sama...

Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment