Monday, May 04, 2015

Felda Dikatakan Nak Bankrap…Tapi Harga Rumah Untuk Generasi Kedua Turun

3 April 2015, Rompin : Bagaimana Felda yang dikatakan akan bankrap dengan keadaan ekonomi negara yang ditadbir Barisan Nasional (BN) didakwa merundum boleh menurunkan harga rumah untuk generasi kedua kepada RM90,000 seunit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Menurut beliau pelbagai perancangan dan perbincangan dibuat berhubung harga rumah berkenaan dalam usaha membantu membela generasi kedua Felda di seluruh negara seiring dengan manifesto BN.

“Siapa kata Felda nak bankrap? Bolehkah mana-mana pihak yang hampir bankrap menjual rumah lebih murah daripada harga semasa, bolehkah kerajaan yang ekonominya dikatakan merundum jual rumah sebegitu..buat perkara sebegitu. Ini semua dilakukan sebabnya Felda ada kemampuan… kerajaan ada kemampuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak prihatin perkara ini.

“Benda ini dibincang daripada dahulu lagi iaitu sejak diumumkan 2013 pada bajet penyediaan rumah mampu rakyat disentuh dan ianya juga terkandung di dalam manifesto BN. Di kawasan Felda kita akan bina 20,000 buah rumah. Sehingga hari ini kita telah pun keluarkan tender 8,570 unit, dan insya-Allah untuk tahun ini sahaja 2,150 rumah PGPF yang akan siap dibina dan dibeli,” katanya.
11109447_1130605900298490_3398954476576906932_n
Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah Perumahan Untuk Generasi Kedua Felda Kratong 8,9 dan 10 di Dewan Perantau Damai, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menjelaskan Felda sentiasa direka dengan pelbagai dakyah dan cerita yang penuh pembohongan oleh pembangkang.

“Ada dua isu berlaku di depan kita…yang pertama sentiasa direka oleh pembangkang. Bohong tak sudah-sudah. Itu tak betul…ini tak betul..agak-agak tak ada jawapan… jadikan dasar kerajaan untuk dimanipulasi termasuk GST. Kalau nak ikut cakap mereka Felda pun tak sempat dibuka kerana 59 tahun dulu waktu nak buka mereka juga kata rancangan nak buka Felda ini gila.

“Hantar Melayu masuk hutan. Waktu itu kalau dengar cakap mereka tak ada Felda, tak wujud warga Felda, tak ada kehidupan tiga juta warga Felda sebagaimana nak buat jambatan Pulau Pinang pun dikatakan membazir…hari ini ada jambatan kedua… macam itu juga KLIA…dulu waktu buat dikatakan membazir…akhirnya dah ada KLIA 2…. Putrajaya juga bunyi lain tapi hari ini mereka yang mahu,” katanya.

Tambah beliau lagi, GST pun sama dimanipulasi dengan pelbagai manipulasi dan macam-macam tafsiran.

“GST pun sama…dia akan kata macam-macam. Kalau nak tengok hasil tak bolehlah semalaman. Tak boleh dapat manfaat dalam satu semalaman. Nak buat dewan ini tak siap dua hari…nak runtuh dalam masa dua hari boleh tak…begitulah nak bina Felda tak boleh semalaman. Nak bina negara pun tak boleh semalaman.

“Sebab itu dalam negara kita yang masih dibangunkan, kalau diganggu tak tercapailah hasrat negara maju. Sebagai manusia banyak benda tak sempurna tetapi yang penting dalam ketidaksempurnaan kita itu kita ikhlas. Kita perlu pertahankan Felda hari ini untuk masa depan anak cucu kita,” katanya.

Sementara itu, pendapat sama diutarakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung tohmahan dan serangan terhadap Felda seperti isu saham FGV.

“Dalam perniagaan ada untung dan rugi. Malah di dalam dan luar negara, yang maju dan besar sekalipun tak pernahnya untung selalu. Apatah lagi FGV…ada pasang dan surut. Yang penting kerugian itu bukannya salah urus tadbir.

“Rugi antara faktornya harga kelapa sawit jatuh. Jatuh mendadak…kita tidak boleh salahkan Felda rugi dan sebagainya. Sekarang ini musimnya menurun. Saya percaya itu adalah petunjuk mereka ketandusan modal…serang FGV dan GST,” katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment