Monday, May 04, 2015
PRK Rompin Jadi Bukti, Pas Hanya Dipermain Dap Dan PKR
3 Mei 2015, Rompin : Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk
Muhammad Pehimi Yusof berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin menjadi
bukti bahawa parti Pas telah dipermainkan oleh rakan sekutu mereka iaitu
Dap dan PKR.
Jelas beliau, sedang PKR dan Dap menagih kerjasama Pas untuk
menyokong calon PKR di PRK Permatang Pauh,di PRK Rompin pula menyaksikan
Pas langsung tidak mendapat bantuan dan ‘talian hayat’ daripada rakan
sekutu mereka.
“Pemimpin-pemimpin Pas seakan tidak sedar bahawa daripada dulu lagi
mereka dipermainkan oleh parti Dap dan PKR. Mereka ini hanyalah pakatan
pada kulit sahaja.
“Bila Pas meminta Dap menyokong hudud dilaksanakan bukan di Negara
ini tetapi hanya di Kelantan tetapi mereka dengan angkuh menolak.
“Kini di PRK Permatang Pauh parti PKR dan Dap begitu beriya-iya
meminta sokongan daripada Pas untuk membantu mereka namun sayangnya
dalam masa yang sama mereka tidak membantu calon Pas di Rompin. Pas
hanya diperbodohkan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Pehimi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Jertih, pemimpin-pemimpin dan penyokong Pas seharusnya sedar parti
mereka hanya dipermainkan oleh rakan sekutu mereka. Apabila diperlukan
mereka dicari dan bila tidak diperlukan mereka dicampak begitu sahaja
ibarat kain buruk.
“Cukup-cukuplah Pas membantu calon PKR di Permatang Pauh. Kalau
mereka hendak berkempen demi kemenangan Pas tinggalkan Permatang Pauh
dan datang ke Rompin. Ini baru persaingan yang betul.. Jangan kera di
hutan disusukan tapi anak di rumah mati kelaparan,” katanya.
PRK Rompin bakal berlangsung pada 5 Mei ini ekoran kematian
penyandangnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis akibat kemalangan
helicopter.
Manakala PRK Permatang Pauh yang bakal berlangsung pada 7 Mei ini
pula diadakan ekoran penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan
hukuman penjara setelah didapati bersalah meliwat.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment