Monday, May 04, 2015

BN Bukan Seperti Pembangkang Yang Hanya Tahu Janji Manis Sahaja – Belia Felda

4 Mei 2015, Rompin : Seorang generasi muda dari Felda Keratong 4 bersetuju dengan kenyataan bahawa pakatan pembangkang hanya pandai berkata-kata kononnya merekalah yang menjuarai isu menjaga kepentingan dan kebajikan golongan muda, tetapi ia hanyalah janji-janji manis ketika pilihan raya sahaja.

Menurut Kamarul Zaman Mohamed Bazin, 31 tahun, ini berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengambil berat akan keperluan generasi muda, sebagai contoh mengenai keperluan rumah mampu milik, perumahan untuk generasi kedua Felda.

Ini dizahirkan dengan pembinaan sebanyak 1,504 unit rumah di dalam Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, 264 unit di Felda Keratong 4, Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit dan Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dengan harga RM90 ribu seunit berbanding harga asal RM125 ribu.

“Pembangkang juga hanya pandai membuat dan mencari isu, walaupun isu dah selesai, kesalahan mereka tidak pernah mereka sebut. Kadang-kadang pengundi kena tengok, sekali tengok betul tapi sebenarnya tidak, sebab itu kena tengok dan kaji betul-betul, tanya dengan pihak Felda dan yang lebih mengetahui supaya kita tidak terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang.

“Kepada rakan-rakan yang berada di luar yang akan balik ke kawasan Rompin, supaya kita jangan terikut dengan ceramah, risalah pembangkang itu sebaik-baiknya kita pusing kampung dan pergi ke pejabat Felda cari maklumat berkenaan kesahihan sesuatu perkara mengenai Felda.
20150502080635
“Kalau kita sekadar mendengar dan tidak menilai, kemudian rasa semua orang salah, tapi sebenarnya tidak bila tahu maklumat yang sebenarnya,” jelasnya kepada UMNO-Online.

Beliau turut menyelar perbuatan pembangkang di Rompin yang mengeluarkan risalah cerita palsu mengenai kononnya perumahan generasi kedua Felda terbengkalai dengan niat ingin memburuk-burukkan dan usaha untuk menjatuhkan kerajaan.

“Walaupun ini kempen semasa pilihan raya, ini bagi saya suatu perkara yang ingin menjatuhkan kerajaan dan pengundi perlu lihat, apa yang mereka buat itu betul atau tidak.

“Apabila saya lihat balik, ini satu kenyataan yang mengarut, sebab kita lihat, sebenarnya kerajaan sentiasa membantu, kalau kerajaan tidak bantu mustahil perumahan-perumahan generasi kedua ini.

“Bukan bila tiba pilihan raya sahaja, sebelum pilihan raya pun kerajaan sudah bantu,” tambah Timbalan Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Kuantan itu lagi.

Bagi beliau, apa yang pembangkang buat itu hanya merugikan dan merosakkan bangsa terutamanya orang Melayu itu sendiri dan menggalakkan perpecahan.

“Mungkin mereka ingin pikat hati pengundi, dan percayalah jika mereka menang, takkan dapat dipenuhi, contohnya seperti negeri yang pakatan pembangkang menang, tidak dapat apa-apa pun sebagaimana yang dijanjikan.

“Pilihlah pemimpin dan kepimpinan yang benar-benar akan membantu kita. Kerajaan dan Felda sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat Felda,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada golongan belia berfikiran lebih jauh dan matang, bersama-sama membangunkan tanah rancangan Felda supaya terus utuh dan mampu menjadi contoh dan ikutan kepada negara lain.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment