Thursday, May 14, 2015
MAS NewCo: NUFAM Lebih Pakar Dari Mueller?
EDITOR MENULIS....
13 MEI 2015
Kecoh di beberapa media baru-baru ini
mengenai kenyataan Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia
(NUFAM) yang seolah mahu berlagak “hero” dan masih berdegil menolak
tindakan MAS untuk mengurangkan seramai 6,000 kakitangan di syarikat
penerbangan itu.
Setahu saya, Kesatuan Pekerja-Pekerja Syarikat Penerbangan Malaysia
(MASEU) yang diiktiraf MAS sudah faham tentang keperluan syarikat itu
untuk mengurangkan 6,000 kakitangan. Tapi lain pula dengan NUFAM yang
tidak diiktiraf MAS, tapi berlagak macam dialah yang layak jadi CEO MAS.
Kenapalah “benak” sangat otak NUFAM untuk terima hakikat?
Hingga kini, NUFAM masih lagi cuba “menegakkan benang yang basah” dan
mahu MAS mengekalkan 6,000 lebihan kakitangan di dalam “team” baru MAS
NewCo. Itu kehendak NUFAM yang terkini. Siap ugut lagi nak bawa isu ke
peringkat tertinggi negara. Konon…
Christoph Mueller dalam kenyataannya jelas mengatakan yang tidak
cukup kerja di MAS untuk ditawarkan pada semua kakitangan. Jadi kalau
dikekalkan 6,000 kakitangan sebagaimana yang NUFAM mahu, apa kerja yang
mereka nak buat? Goyang kaki?
Lagipun Muller, memang terbukti kepakarannya melakukan “turnaround”
memulihkan syarikat penerbangan negara lain.Buktinya, lihat Aer Lingus
yang telah bangkit. Kita seboleh-bolehnya mahu MAS bangkit dan kalau
boleh lebih hebat dari Aer Lingus!
Dulu mereka minta MAS diterajui CEO yang kaya pengalaman dalam bidang
penerbangan.
Sekarang sudah dapat. Jadi, kenapa tolak apa yang CEO itu
lakukan untuk pulihkan MAS?
Ia seolah seperti doktor sudah beri ubat,
tapi degil tak mahu telan. Boleh pulihkah begitu?
Kalau “Mr Turnaround” sudah tegaskan MAS NewCo tidak perlukan ramai
pekerja, apa pula alasan Ismail yang “lebih pakar” untuk mengekal semua?
Apa kata Ismail fikirkan cara untuk menolong 6000 pekerja tersebut?
Pergilah bincang dengan Malindo, AirAsia, banyak lagi syarikat
penerbangan untuk bantu mereka-mereka ini…
Kalau nak kekalkan pekerja, ianya seumpama cuba mengekal status quo.
Jadi tidak perlulah ada NewCo dan tidak perlulah Khazanah suntik RM6
billion, kan?! Tapi selepas itu, kita tengok MAS hidup atau lingkup…
Kenapa NUFAM tidak bercakap mengenai kos operasi MAS yang tinggi,
termasuk kos kakitangan lebih tinggi berbanding syarikat penerbangan
lain. Apa rancangan NUFAM untuk mengurangkan kos MAS agaknya?
NUFAM pernah sarankan untuk potong gaji
kakitangan. Padahal sebelum itu bising cakap gaji kakitangan MAS antara
yang paling rendah di rantau ini. Kalau gaji sudah dipotong, adakah
pekerja ini akan kekal di dalam MAS ataupun cari kerja dengan airline
lain yang menawarkan gaji lebih?
Memang kita simpati nasib 6,000 yang bakal diberhentikan tetapi
mereka bukannya dibiarkan mati tak makan. MAS prihatin menjaga kebajikan
mereka hingga menyediakan Pusat Pembangunan Korporat (CDC) yang akan
membantu mereka mencari rezeki selepas berhenti sebagai kakitangan MAS.
Mana ada syarikat yang buat begitu bila buang kakitangan.
Dan dipersoalkan juga kenapa surat pemberhentian dihantarkan ke
rumah? Kalau NUFAM terlibat dalam perbincangan dengan pihak MAS (NUFAM
tidak dijemput sebenarnya sebab kesatuan itu bukanlah kesatuan pekerja
yang diiktiraf oleh MAS kerana ditentang MASEU), sudah tentu NUFAM tahu
yang ini kehendak kebanyakkan kakitangan MAS.
Ialah nak buka surat yang membawa berita sedih, takkanlah nak buka
surat di pejabat, kan? Kalau buka di rumah adalah “privacy” sikit, mahu
menangis, meraung atau menjerit gembira, terpulanglah boleh dibuat
sesuka hati. Lagipun memang menjadi amalan yang surat perlantikan
ataupun pemberhentian selalunya beralamatkan kediaman kita. Tidak salah
pun dari sudut undang-undang..
Pada pandangan saya, NUFAM hanya bermain emosi dalam kenyataan
mereka. Sedangkan untuk menyelamatkan MAS, ia memerlukan pelan
penstrukturan yang menyeluruh, berfakta dan realistik. Buanglah emosi
itu sejauh mungkin. Menyampah pula rasanya bila tengok sikap
mengada-ngada NUFAM ini…
Saya sarankan supaya mana-mana ahli NUFAM yang tidak berpuas hati,
boleh mencuba nasib dengan syarikat penerbangan lain. NUFAM pernah dakwa
kru-kru kabin MAS ini macam “goreng pisang panas”, jadi rebutan banyak
syarikat penerbangan. Dengan pertolongan NUFAM, mereka ini dapat di
tempatkan di syarikat-syarikat penerbangan lain.
Saya yakin dengan kemampuan Mueller untuk mengemudi MAS NewCo bersama
pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan kebanggaan negara itu.
Kerana itulah saya tidak mahu mana-mana “parasit” mengganggu beliau
memulihkan MAS semula.
Justeru itu, selaku sebuah kesatuan yang
sebenarnya tidak diiktiraf oleh MAS, eloklah NUFAM diam diri atau bubar
saja dari menghabiskan air liur buat lawak bodoh di depan orang ramai.
Orang nak ketawa pun malas rasanya…
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment