Thursday, May 14, 2015
Lim Kit Siang Kurang Ajar Atau Pas Yang Tak Berani ?
13 Mei 2015, Kelantan : Pas Kelantan menyelar tindakan Penasihat DAP, Lim
Kit Siang yang tidak menghormati pendirian parti itu apabila cuba
‘mengajar’ dan ‘menyanggah’ pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.
Malah sayap kanan parti itu, Dewan Pemuda Pas Kelantan menyifatkan
pemimpin veteran DAP itu sebagai kurang ajar kerana sengaja mencetuskan
provokasi di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beliau
menerima banyak maklum balas daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas
hati dengan Kit Siang memandangkan kenyataannya pada malam ceramah itu
bercanggah dengan usaha kerajaan negeri selama ini.
Beliau turut bersetuju dengan reaksi Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik
Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa keberanian Kit Siang untuk
memberikan kenyataan seperti itu adalah didorong oleh pemimpin Pas
tertentu dan perkara tersebut tidak akan berlaku sekiranya bekas Menteri
Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup.
“Bagi saya, nak mari tidak apa, dia boleh bercakap tentang apa sahaja
isu negara seperti GST (cukai barang dan perkhidmatan) dan lain-lain.
“Tetapi tidak manislah dia bercakap tentang sesuatu yang bercanggah
dengan hasrat dan usaha kerajaan negeri sejak sekian lama. Dia sebagai
tetamu sepatutnya menghormati tuan rumah, suasana dan masyarakat di
Kelantan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam ceramahnya di Padang Perdana, di sini kelmarin, Kit Siang
memanfaatkan sepenuhnya ruang disediakan oleh Pas Kawasan Kota Bharu
untuk ‘mengajar’ pemimpin serta kira-kira 1,000 penyokong setia Pas
tentang pelaksanaan hukum hudud.
Biarpun hudud menjadi dasar perjuangan Pas sejak sekian lama, beliau
tanpa segan-silu atau rasa kekok menyanggah pelaksanaan undang-undang
Islam di negeri ini di hadapan Timbalan Presiden Pas sendiri iaitu
Mohamad Sabu atau Mat Sabu.
Dalam pada itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas
negeri berkata, pihaknya tidak pernah dimaklumkan secara rasmi oleh Pas
Kawasan Kota Bharu mengenai kehadiran Kit Siang, sebaliknya sekadar
mengetahui penganjuran ceramah tersebut menerusi poster.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kehadiran Mat
Sabu yang sudi berkongsi pentas sama dengan pemimpin pembangkang yang
diketahui memang menolak hudud seperti Kit Siang dan Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.
“Mungkin Timbalan Presiden tidak menduga Kit Siang nak cakap macam itu,” katanya.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment