Thursday, May 14, 2015

Bila Orang Munafik Cuba Jadi Hero

20028_978065102233741_6519789636068196697_n
EDITOR MENULIS.....
13 MEI 2015

Pembangkang macam kena ‘sawan’ bila bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said membangkitkan dakwaan kononnya ada cubaan mencagarkan minyak Terengganu kepada pihak lain dan kemudian cuba mengaitkan kes itu dengan Terengganu Investment Arm (TIA) yang kemudiannya ditukar nama kepada 1MDB.

Diakhirnya, dialah hero kerana berjaya menghalang perkara tersebut dari berlaku.

Yang menariknya, dalam nama 1MDB sedang ‘harum’ sekarang, semua pihak nak menumpang buat kecoh dengan Ahmad Said pun tak terkecuali, walhal benda dah berlaku sejak 2008 lagi dah (ketika dibawah TIA bukan 1MDB), sekarang juga dia nak buka mulut.

Dah tahu tak berkaitan tapi tetap nak sebut juga, nampak sangat sengaja nak jolok sarang tebuan.

Tapi lantaklah, yang pentingnya sekarang ni, setakat yang kita tahu 1MDB tidak terlibat pun dengan bidang petroleum.  Maka itu, apa juga dakwaan yang dikatakan Ahmad Said itu adalah berlaku pada zaman TIA, bukan 1MDB.  Akhbar tunggang langgang macam Sinar Harian saja yang pilih tajuk begitu sebab nak lakukan surat khabarnya.

Saya walaubagaimanapun nak menyentuh satu perkara, adalah satu kesilapan bila Ahmad Said mendakwa bahawa apa jua yang disebut sebagai cubaan nak mencagarkan minyak Terengganu itu, adalah punca yang membawa kepada perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Terengganu tahun lepas.

Ahmad Said meletak jawatan kerana prestasi yang ditunjukkan UMNO Terengganu dalam PRU13 dimana BN yang asalnya menguasai 2/3 DUN Terengganu pada tahun 2008, berselisih hanya 2 kerusi DUN sahaja dengan pembangkang bila PRU13 berakhir.  Perkara itu banyak dikaitkan dengan kesilapan strategi politik Ahmad Said yang menukar begitu banyak calon boleh menang, dengan yang lain.

Wakil rakyat menang selesa pun ditukarnya, macam mana cerita?

Surat perletakan jawatan Ahmad Said itupun sudah ditandatanganinya sendiri setahun sebelum ia berkuatkuasa.  Maksudnya, bukan benda baru yang Ahmad Said nak buat-buat terkejut atau menjadikan faktor-faktor lain kenapa perletakan jawatan itu berlaku.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzVudmZWdCrMA9dc2Qu1fh6XZi4W1MmA7Gur9jv8OvbLD9TImEMP-GDLX1OtR4WNRoFEJJqWQW7mjSvFbuceZEdyVmPU_B690RtOEzK-XcjI-uGHYCBY-YPyca_ri0YyYyVwfomb7Vv2A/s1600/Debat+8.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment