Wednesday, May 06, 2015

#PRKPermatangPauh: Mantan Pesurujaya PAS Selangor Minta “Nyawa” Pada Wan Azizah?

rani osman permatang pauh 
EDITOR MENULIS....
6 MEI 2015

Tewasnya satu persatu golongan Anwarinas di pemilihan PAS kawasan membuktikan kebangkitan pro ulama yang setia kepada persiden parti, Hj Hadi Awang.

Nizar Jamaluddin, dan Abdul Rani Osman adalah antara individu yang gagal mempertahankan jawatan Yang Di Pertua PAS kawasan apabila tewas kepada lawan masing-masing yang difahamkan pro ulama. 


Saya berkesempatan berada di Permatang Pauh minggu lepas, pemerhatian saya membawa kepada “misteri” kehilangan jentera PAS, terutamanya unit amal mereka. Tidak berniat untuk membuat Barisan Nasional berasa selesa, atau memperkecilkan kemampuan PKR dan DAP, hakikat kehambaran khalayak dan gerak kerja dari pemuda PAS jelas kelihatan sungguh pun kita disajikan dengan drama “U-Turn” sebelum ini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgi_wNiWv9HFnbOep9p8UGhf2VhGFxZb5zGUskH0g1uaZJTtkh2h23L_ZA3cSFlLY-9Dw7GAHr2rXYkYQd_uwetuHv-vVd3HmgwyjuHRuxoDeas1hZbtEbL7mGog1lWi0WkkWEPenUuDc7f/s1600/DAP+PKR+PAS+HANCUR.jpg
Pemerhatian saya inilah yang membawa kepada keyakinan, pada ketika artikel ini ditulis, bahawa akan berlaku 2 perkara esok, samada berlaku boikot dengan jumlah yang keluar mengundi merosot dengan mendadak, atau sedikit sinar harapan undi majoriti kepada Barisan Nasional meningkat, atau mungkin Barisan Nasional mampu membuat kejutan terbesar dalam sejarah politik tanahair. Siapa tahu?

Kehadiran YB Meru ke Permatang Pauh, dengan kemunculannya pada sidang akhbar yang diadakan di Yayasan Aman, mengundang seribu persoalan. Ia sama sekali bertentangan dengan pendirian semasa Majlis Syura Ulama, yang sehingga hari ini, mengambil sikap berdiam diri ke atas segala hal ehwal berkaitan dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Hadi Awang sendiri seolah-olah tidak memberi restu kepada PAS untuk membantu calon PKR, Wan Azizah.

Kehadiran Rani Osman ke pusat media Pakatan Rakyat ini mungkin boleh diterjemahkan sebagai sokongan kepada calon PKR, Wan Azizah. Tidak mustahil, situasi ini berlaku bertitik tolak daripada kegagalan beliau mempertahankan jawatan Yang Di Pertua PAS kawasan Kapar.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEoQG_iLw511AAk7WmrNLpqGtxe9bXUUywZBdlqi2S3Kimt9Iz_rLhySPbdVxeEy3aB3SoW1szgo-3EA3g1qKRozQAMq7e6NyfiKbPY3iSvFXOOx0DgLJyAWyujL2CdZ1t-5OgTDN1JQ/s1600/5b8c8f57b1f8524602a658f77d18588a.jpg
Apakah dapat kita simpulkan, bahawa hari ini telah membuktikan bahawa selama ini, Rani Osman sememangnya pro kepada Anwar, berbanding pimpinan Hadi Awang selaku presiden PAS?

Rani Osman adalah seorang opportunis, yang pada 1999 menyertai PAS dengan harapan untuk bertanding pada PRU 1999. Walau pun gagal menjadi calon PAS, beliau terus “berpolitik” sehingga bertanding dan menang pada 2008. Tidak mustahil, langkah untuk “bersama” Wan Azizah di Permatang Pauh adalah strateginya untuk “kekal” dalam arena politik khususnya di dalam Pakatan Rakyat setelah masa depannya bersama PAS semakin sirna setelah tewas kepada Ustaz Nornajhan di Kapar.

Tanpa disedari, dengan keberadaannya di Permatang Pauh kali ini bersama-sama Mat Sabu, Rani Osman sendiri mengakui bahawa keputusan perwakilan PAS Kapar untuk tidak memilih dirinya selaku Yang Di Pertua PAS adalah tepat, kerana tidak bersama kepimpinan Presiden, Hadi Awang.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJ7DkHdE3Me1l5j4jyq8rQzts9Ch8HoHl48pDgDKJSNnm7vTE6-b-dHIS1DI2ltxMGRRtaagpuydFFo67Gw-Iv2nw84O5IXNjx8OOSuooP6Z2P0w2uL9qedA7UqZSe5yj41ETpffVagqo/s400/2012-01-21+00.53.18+2.png
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment