Wednesday, May 06, 2015
Dalam Amukan Orang Pencen, Kita Menang…
EDITOR MENULIS....
6 MEI 2015
Kemenangan selesa dicapai UMNO/BN dalam
pilihanraya kecil Rompin malam tadi – disebalik jumlah majoriti yang
merosot, begitu istimewa sekali pada saya. Tentang majoriti tu,
tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana peratusan keluar mengundi
pun kurang 12% berbanding PRU13.
Jika peratusan keluar mengundi tinggi dan majoriti menurun, sentaplah juga.
Saya katakan istimewa kerana
kemenangan malam tadi dicapai dalam keadaan UMNO/BN sedang menghadapi
tekanan dari luar dan dalam parti. Yang pembangkang, tentulah dengan
bangkangnya, masalah lebih besar ni yang kat dalam, pun ada yang
mengaruk juga, terutama dikalangan orang-orang pencen.
Kita sibuk kempen nak bagi parti menang,
orang-orang pencen ini sibuk berkempen ke sana sini suruh parti kalah.
Macam-macam cara digunakan termasuk tuduh Perdana Menteri terlibat
bunuh orang, yang orang kuatnya pula sibuk menjaja cerita PM nak rasuah
ketua bahagian, lepas tu dakwa buat semua tu sebab sayang UMNO.
Yang bodoh saja akan percaya.
Tapi penting untuk rakyat tahu, semua
kerja jahat itu tak begitu berjaya kerana UMNO/BN masih menang dengan
majoriti selesa. Hampir 9,000 undi majoriti bukan mudah, lebih lagi
dalam keadaan rakyat masih dalam proses menerima pembaharuan dari
perlaksanaan GST, pelbagai penipuan mengenai Felda yang dijaja PAS,
fitnah dijaja orang-orang pencen ini tadi dan sebagainya, majoriti
selesa itu masih berjaya dicapai.
Lebih menarik, majoriti selesa bukan
satu-satunya kejayaan malam tadi, UMNO/BN juga berjaya mengukuhkan
kedudukan dengan memenangi kesemua 3 kawasan majoriti cina berbanding
PRU13 yang lepas, hanya menang 1.
Justeru selamat saya katakan, selain
gerak kerja yang berkesan, kemenangan ini adalah bukti penerimaan rakyat
dan kembalinya sokongan orang cina terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib
Tun Razak, selain menjadi tanda UMNO bukan dalam krisis seperti mana
pasca pemilihan 1987 dulu.
Ketika itu, calon bebas pun boleh menang
bila pilihanraya kecil diadakan di Johor Baru pada tahun 1988 – bukan
cerita majoriti kurang ke tidak lagi dah, kalah terus. Jika keadaan
macam itu berlaku sekarang, bolehlah kata kepimpinan ditolak dan UMNO
berada dalam krisis.
Begitupun, menang dah menang, Datuk
Hasan Arifin selaku Ahli Parlimen Rompin yang baru bersama pasukannya di
bahagian Rompin, perlu membuat post mortem untuk mengenalpasti beberapa
kelemahan yang berlaku lanjutan dari keputusan semalam bagi mengukuhkan
kedudukan menjelang PRU14 nanti.
Antaranya undi rosak yang tinggi – lebih
1,400 undi dan kekalahan tipis di beberapa pusat daerah mengundi
(antara 10-20 undi) yang sebelum ini dianggap kawasan selamat.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment