Wednesday, May 06, 2015

Masyarakat India Ingin Bersama BN Melakar Sejarah Baru Di Permatang Pauh

DSC_2621_1000px
6 Mei 2015, Permatang Pauh : Rata-rata pengundi dari masyarakat India Permatang Pauh yang ditemui ketika program perjumpaan bersama pengundi  India bertempat di Command Centre Barisan Nasional di sini menyatakan sokongan terhadap BN, memandangkan sudah 17 tahun mereka memberikan tanggungjawab kepada ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat, namun nasib masyarakat India di kawasan itu masih tidak terbela. 

Menurut Mahendran a/l Murugaya, 56, selama 17 tahun wakil rakyat di kawasan ini dipegang oleh pemimpin PKR, tidak ada sebarang perubahan yang berlaku dan tiada sebarang manfaat yang diperolehi oleh rakyat di kawasan ini.

“Tetapi kita tengok BN, biarpun sebagai pembangkang di sini namun BN tetap meneruskan usaha-usaha mereka untuk membantu rakyat di kawasan ini tanpa mengira kaum dan agama.

“Dan pada PRK kali ini, saya lihat ianya agak berbeza berbanding PRK yang lalu di mana sokongan rakyat kepada BN semakin jauh lebih baik dari sebelumnya. Saya secara peribadi yakin masyarakat India yang menjadi pengundi di sekitar kawasan ini akan memberikan undi kepada BN pada PRK kali ini,” ujarnya.

Manakala bagi Jennifer a/p William, 46, beliau menjangkakan bahawa kali ini BN akan mendapat sokongan padu daripada masyarakat India di kawasan ini memandangkan sambutan yang diberikan amat baik sekali jika dibandingkan pada pilihanraya sebelum ini.

“Jika dulu, saya lihat masyarakat India di sini tak ada kekuatan sepertimana yang kita boleh lihat hari ini. Tetapi pada PKR kali ini, ada macam satu semangat untuk berubah di kalangan pengundi-pengundi di kalangan masyarakat India.

“Saya juga secara peribadi mengharapkan agar calon BN menang pada kali ini kerana sudah lebih 17 tahun kita berikan kepada wakil rakyat PKR, namun tiada sebarang perubahan baik dan pembelaan kepada rakyat, khususnya terhadap masyarakat India di sini,” jelasnya.

Bagi seorang pengundi muda, Guna Prakash a/l Tamodaran, 21, BN mempunyai peluang untuk mencipta kejutan pada PRK kali ini memandangkan sambutan masyarakat India yang begitu baik terhadap calon yang diketengahkan oleh BN kali ini.

“Jika saya bandingkan dengan sebelum ini, banyak betul perubahannya. Terutama daripada kesedaran generasi baru kaum India apabila melihatkan nasib mereka tidak terbela oleh wakil rakyat sebelum ini.

“Jika dulu, ,memang susah kita mahu menghimpunkan masyarakat India seramai ini di dalam program-program, tetapi hari ini kita boleh lihat seramai 1000 lebih pengundi di kalangan masyarakat India yang hadir untuk mendengar penjelasan pemimpin BN. Ini bagi saya satu perkembangan yang baik dan saya berharap agar BN mampu untuk melakar sejarah dalam PRK kali ini,”tegasnya.

Manakala calon BN, Suhaimi Sabudin yang turut hadir di dalam program tersebut berjanji akan sedaya upaya untuk membantu membela dan menaik tarafkan kehidupan masyarakat India yang diabaikan oleh wakil rakyat mereka selama ini sekiranya menang pada 7 Mei ini.

Beliau juga mendedahkan bahawa ramai di kalangan masyarakat India yang mengadu hidup dihimpit kesusahan dan nasib mereka tidak terbela sepanjang parlimen Permatang Pauh ini diwakili oleh wakil rakyat dari PKR.

“Saya berjanji, sekiranya menang maka saya akan berusaha membantu menaik taraf kehidupan masyarakat India di kawasan ini dan kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh kaum India di kawasan ini,” katanya ketika berucap di hadapan pengundi yang hadir.

Manakala bagi ahli parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pula meluahkan keyakinan bahawa masyarakat India akan memberikan sokongan kepada BN di dalam PRK kali ini.

“Saya minta agar masyarakat India di kawasan ini berilah BN peluang untuk membantu mereka dengan memberikan undi kepada calon BN pada 7 Mei ini. Beri peluang kepada BN dalam tempoh 30 bulan ini dan insyaAllah, kita akan bantu mereka .

“Saya percaya, masyarakat India di sini dahagakan pembelaan. Mereka dahagakan perubahan.  Justeru itu, insyaAllah kemenangan BN akan dapat memberikan pembelaan dari sudut kebajikan, infrastruktur dan sebagainya untuk  rakyat di kawasan ini,” katanya.

Selain daripada kepimpinan BN, bekas ahli Dap Gelang Patah,  Murugan A. Kaliapan bersama isterinya, turut hadir di dalam program tersebut untuk memperjelaskan kepincangan kepimpinan Dap serta menceritakan bagaimana beliau dipukul sehingga cedera hanya kerana mempersoalkan tindak tanduk penasihat parti tersebut, Lim Kit Siang.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment