Wednesday, May 06, 2015

#PRKPermatangPauh : Menilai Antara Kaca dan Permata

6 Mei 2015, Permatang Pauh : Jika masih gagal meruntuhkan legasi politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi itu esok sekali pun, Barisan Nasional (BN) tidak rugi apa-apa.
http://ichef.bbci.co.uk/news/ws/624/amz/worldservice/live/assets/images/2015/02/10/150210082441_anwar_ibrahim_624x351_reuters_nocredit.jpg
Sebaliknya yang rugi adalah penduduk Permatang Pauh sendiri yang berterusan dijadikan talian hayat kepada kelangsungan politik PKR.

Meskipun selepas enam kali pilihan raya di Parlimen itu dan dalam tempoh kira-kira 17 tahun, penduduk Permatang Pauh hanya berpeluang diwakili oleh dua wakil rakyat sahaja.

Kedua-duanya pula adalah suami isteri yang silih berganti bertanding tanpa memberi ruang langsung kepada pemimpin lain terutama anak tempatan yang pastinya lebih mengetahui masalah masyarakat setempat.
http://821879909.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/0059298c4ff74165cf1133d14b9d1622_XL.jpg
Jika kesungguhan untuk berbakti menjadi ukuran, pengundi di Permatang Pauh sebenarnya tidak perlu pening kepala untuk memilih wakil rakyat mereka esok.

Tempoh berkempen kira-kira 12 hari yang bermula sebaik sahaja penamaan calon pada 25 April lalu sudah cukup untuk mereka menilai siapa yang lebih berkemampuan merubah nasib mereka selepas ini.

BN meskipun tidak pernah diberi peluang sejak 17 tahun lalu namun tidak pernah berputus asa untuk menabur bakti di kawasan berkenaan.

Malah, BN juga tampil dengan banyak janji perubahan dan pembaharuan bermula dengan calonnya sendiri iaitu Suhaimi Sabudin, 44, yang merupakan pemimpin muda dan anak tempatan.

Kesungguhan BN itu pula dibuktikan menerusi enam teras manifesto yang diangkat sebagai aku janji untuk dilaksanakan sekiranya diberi kepercayaan oleh penduduk Permatang Pauh.
Apa pula yang dijanjikan PKR? Sehingga kini tiada satu pun pembaharuan yang ditawarkan parti itu kepada pengundi di Permatang Pauh.

Bermula daripada calonnya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dikitar semula, sehinggalah kepada isu-isu lapuk yang disuapkan kepada pengundi, tiada apa yang meyakinkan yang boleh diharapkan daripada pembangkang.

Malah, pembangkang juga kelihatan seolah-olah cukup selesa menjadikan pengundi Permatang Pauh sebagai talian hayat kepada legasi politik keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.
Banyak persoalan yang gagal dijawab PKR terutama dari segi kemampuan Wan Azizah menjaga dua kawasan sekiranya menang memandangkan beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Kenyataan kononnya Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali boleh melihat masalah di Kajang manakala Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh memantau isu di Permatang Pauh adalah jelas tidak bertanggungjawab.

Jika begitulah keadaannya, maka untuk apa Wan Azizah dicalonkan jika beliau sendiri tidak berminat menyelesaikan masalah penduduk Permatang Pauh?

Ini adalah antara perkara yang perlu dipertimbangkan penduduk Permatang Pauh sebelum memilih parti mana untuk disokong pada hari pengundian nanti.

Kesilapan dalam membuat pertimbangan akan menyaksikan episod ‘kehilangan’ sentuhan wakil rakyat di kawasan itu terus berpanjangan untuk satu tempoh lebih lama.

Sudah pastinya keadaan itu merugikan penduduk Permatang Pauh sendiri apatah lagi dalam keadaan mereka ketika ini diberi peluang sekali lagi memperbetulkan kesilapan lama.

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment