Thursday, May 14, 2015

Pucuk Pimpinan Pas Restu “Dakwah” Kit Siang Soal Hudud ?

14 Mei 2015, Kuala Lumpur : Pucuk pimpinan Pas dilihat seperti merestui ‘dakwah’ Penasihat Dap, Lim Kit Siang berhubung soal hudud setelah Ahli Parlimen Gelang Patah itu berucap mengenai perkara berkenaan di Kelantan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggygwkaDZ9cD7UCyfHMkplBC0xdd1BDFx_oBdBjC2KI_15Grr9G0n8lblyMBA3YFFOcAzrey669ZB2BNRzR1F4_g0oOTlXM8G6akjTYSrHIZ9j423iW8KuwqVRbvrjEoxAYtU4uXuW07Q/s400/lim+kita+siang.jpg
Bekas Ketua Penerangan PKR, Hj Ruslan kassim berkata sepatutnya pucuk pimpinan Pas perlu pantas bertindak dan bukannya membiarkan perkara tersebut terus berlalu kerana ianya satu perkara yang tidak manis.
http://i.ytimg.com/vi/TD7poO7m34Q/maxresdefault.jpg
Tambahan pula ujar beliau lagi ungkapan Lim Kit Siang itu didendangkan di negeri kelantan dan sewajarnyalah beliau menghormati langkah serta tindakan kerajaan negeri sebelum ini berhubung perkara tersebut.

“Justeru Pas perlu bijak meletakkan diri dan mengambil pendirian yang cukup matang ekoran peristiwa berkenaan. Bukanlah sudah terang lagi bersuluh pendirian Dap sebelum ini berkenaan soal tersebut.

“Tiba-tiba boleh pula bercakap perkara sedemikian rupa di Kelantan. Bukankah pelik situasinya itu. Selain itu bukankah wujud ‘conflict of interest’ dalam perkara berkenaan. Pelik…memang pelik…,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tambah beliau lagi bagaimanakah mereka yang sebelum ini lantang dalam soal tersebut boleh berceramah mengenainya.

“Pas dah tahu pendirian Dap….tetapi kenapa dipanggil untuk berceramah…Pertamanya dah tak betul. Keduanya mencabar kewibawaan Pas khususnya kerajaan Kelantan itu sendiri. Bukan setakat tidak manis malah tidak wajar sama sekali.

“Saya cukup hairan…dengan Dap boleh mereka berbaik-baik tetapi dengan UMNO yang ibadatnya sama…kiblatnya sama…bangsanya sama tetapi lain pula jadinya. Sepatutnya itulah yang perlu dilihat oleh pimpinan Pas,” ujarnya.

Menurut laporan, Kit Siang ke Kota Bharu atas jemputan Pas Kota Bharu malam Ahad lalu dan majlis itu turut dihadiri beberapa pimpinan lain Pakatan Pembangkang, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. Melalui ucapannya, Kit Siang dilaporkan bercakap mengenai soal hudud.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment