Thursday, May 14, 2015
Perkataan Tabung Haji Bailout 1MDB Berniat Jahat dan Menyesatkan – Salleh Keruak
14 Mei 2015, Sabah : Speaker
Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak
menyifatkan dakwaan dan tuduhan bahawa tindakan Tabung Haji membeli lot
hartanah dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange
satu “bailout” merupakan agenda jahat bagi menjatuhkan Perdana Menteri.
Bercakap eksklusif kepada portal Suara.tv sabtu lalu, Salleh
menyatakan pembelian ini adalah satu pelaburan yang akan mendatangkan
keuntungan kepada Tabung Haji, namun pihak berkenaan terpaksa menjual
kerana telah dipolitikkan oleh beberapa pihak termasuk Tun Dr. Mahathir.
Salleh yang kebelakangan ini kelihatan kritikal kepada pandangan Tun
Dr Mahathir turut menyifatkan serangan Tun Mahathir ke atas Tabung Haji
sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.
“Tun Mahathir silap menggunakan perkataan bailout. Ia satu pelaburan
yang menguntungkan… ini berbeza dengan zaman Tun Mahathir yang membantu
BMF, MAS, Perwaja dengan menyuntik dana kerajaan mengelakkan syarikat
terbabit tutup. Ini yang merugikan.”
Dipetik daripada sumber : suara.tv.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment