Thursday, May 14, 2015
Pembangkang Tidak Henti Usaha Gugat Keyakinan Rakyat
14 Mei 2015, Kuala Lumpur : Permodalan Nasional Bhd (PNB) menafikan terbabit membeli bon sukuk terbitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
“PNB juga tidak menerima sebarang tawaran daripada 1MDB,” kata kenyataan syarikat pengurusan dana terbesar PNB.
Kenyataan bertujuan menafikan dakwaan laporan media portal yang
memetik dakwaan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bahawa PNB dan
Lembaga Tabung Haji, (LTH) telah membeli bon Islam terbitan 1MDB
bernilai RM1.5 bilion.
“Oleh kerana Tabung Haji mengaku sudah membeli sukuk bernilai RM920.8
juta daripada 1MDB, ini bermakna PNB telah membeli baki RM579.2 juta,”
kata Rafizi.
Apa pun, PNB sewajarnya mengambil tindakan undang-undang ke atas
Rafizi kerana telah melontarkan fitnah jika dakwaan beliau itu tidak
berasas dan bukan sekadar mengeluarkan kenyataan penafian.
Ia kerana tindakan Rafizi itu dilakukan dengan niat untuk
mengelirukan orang ramai agar menjurus kepada pemahaman bahawa PNB
terbabit dalam usaha menyelamat syarikat 1MDB yang terbeban masalah
hutang, sekaligus menampakkan campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Razak dalam urusan perjalanan PNB.
Najib sehingga kini diserang dari pelbagai arah lantaran didakwa
memikul tanggungjawab perjalanan syarikat 1MDB, sedangkan hakikatnya
syarikat itu memiliki ahli lembaga pengurusannya sendiri yang perlu
bersedia untuk menerima segala kritikan dan menanggung segala
tanggungjawab terhadap segala urusan dan perancangan syarikat itu.
Yang pasti, permainan fitnah terutama oleh pembangkang perlu
dihentikan segera dari terus menjadi bualan dan bincangan masyarakat
sekaligus mencetus ketidakstabilan politik dalam negara lantaran
sebarang kegoyahan di pihak kerajaan tentunya akan mempengaruhi
keputusan pelabur luar berhubung aspek ekonomi.
Dan tentunya, jika keadaan itu berlaku maka semua rakyat akan
terjejas sekaligus kesinambungan pemerintahan Barisan Nasional, (BN)
akan terhenti pada pilihanraya umum ke 14 nanti.
Untuk itu, sila bertindak segera dan secara tegas.
Dipetik daripada sumber : BNBBC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment