Thursday, July 02, 2015

Adakah Pemuda PAS ini Masuk DAP Kerana Godaan Rara??


Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Sharif hari mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan parti Islam itu untuk menyertai DAP.

Zulhazmi memaklumkan, beliau akan menyerahkan borang penyertaannya pada hari Khamis ini di Majlis Berbuka Puasa di Sunway Putra anjuran Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Beliau turut memberitahu hasratnya untuk menyertai DAP dan meninggalkan Pas kerana beliau melihat DAP merupakan sebuah parti yang konsisten dan berpegang kepada prinsipnya untuk memperjuangkan hak kesamarataan rakyat.

Ini bakal memberi peluang kepada DAP sebagai satu-satunya parti pembangkang yang dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, perkara ini juga telah dibuktikan DAP pada PRU 2008 dengan menumbangkan BN di negeri Pulau Pinang.

"Di antara parti  politik pembangkan yang ada di Malaysia, yang konsisten melawan Barisan Nasional (BN) adalah DAP dan berpegang kepada prinsip.

"Kalau DAP mahukan ketelusan,parti itu akan berusaha untuk menjadi lebih telus, contohnya dari segi ketelusn pentadbiran kerajaan negeri di Pulau Pinang," katanya

Beliau turut mempertahankan DAP sebagai sebuah parti yang bukan anti Melayu dan Islam dengan mengatakan parti itu tidak pernah menentang dan menindas orang Islam walaupun parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud.

Tambahnya, DAP yang menolak pelaksanaan hukum hudud adalah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Pas yang tidak membawa usul itu untuk berbincang bersama Pakatan Rakyat (PR) terlebih dahulu.

"Saya tidak nampak DAP menentang atau menindas Islam. Walhal, dalam isu hudud sekalipun saya tidak rasa DAP membantahnya, cuma tidak berpuas hati dengan tindakan Pas yang tidak mengikut saluran dan semangat yang betul.

"DAP tidak pernah kata hudud tidak boleh dilaksana, tidak elok atau zalim. Hanya Umno yang berkata demikian, bahkan pemimpin DAP hanya menyatakan ia tidak boleh dilaksana kerana melanggar pperuntukan Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.

Beliau yang sudah meninggalkan Pas turut mengkritik parti Islam itu dengan mengatakan bahawa beliau keluar dari Pas adalah keputusan yang tepat kerana Pas masih di takuk yang lama yang tidak membawa perubahan kepada rakyat.

"Pas masih di takuk lama, menganggap hanya mereka sahaja betul dan apa yang dilakukan oleh rakan parti komponen Pakatan Rakyat adalah salah," kritiknya.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment