Sunday, July 05, 2015
Sokong Sangat lah.... PM Berhak Ambil Tindakan Terhadap WSJ - KJ
4 Julai 2015, Bangi : Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyokong
keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ).
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, dakwaan WSJ terhadap Perdana
Menteri itu tidak boleh diterima kerana ia tidak disokong dokumen dan
bukti kukuh.
"Menjadi hak beliau untuk mengambil tindakan undang-undang kerana ia
tuduhan yang serius. Malahan, Najib telah berkata, ia tidak benar,
begitu juga organisasi yang berkaitan dengan dakwaan itu turut
memaklumkan pembabitan mereka juga tidak benar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan pada forum bertajuk 'Kesepadanan Integriti Generasi Akan Datang' di sini.
Khairy berkata, menjadi satu bebanan untuk membuktikan bahawa pihak
terbabit yang membuat dakwaan itu tidak benar dan bukannya terhadap
tertuduh.
"Mereka boleh katakan apa saja dan mendakwa mempunyai dokumen, tetapi
selagi ia tidak berasa ia kekal sebagai tuduhan sedemikian.
"Jadi, Perdana Menteri berhak untuk mengambi tindakan undang-undang," katanya.
Pada Jumaat, WSJ mendakwa hampir AS$700 juta (RM2.63 juta) dana 1MDB
dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Pilihan
Raya Umum Ke-13.
Setiausaha Politik Najib, Datuk Muhammad Khairun Aseh memberitahu sebuah
akhbar harian mengenai tindakan undang-undang yang akan dikenakan
terhadap WSJ.
Pejabat Perdana Menteri ketika memberi maklumbalas berhubung isu sama berkata ia adalah "sabotaj politik"
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment