Sunday, July 05, 2015
"Apakah Munasabah Ambil Dana Awam Guna Akaun Sendiri", Soal Ahmad Shabery
Kuantan : Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek percaya ada motif di sebalik
laporan berita yang mendakwa jutaan dolar Amerika disalurkan ke akaun
peribadi Perdana Menteri.
"Apakah ia munasabah untuk seseorang itu mengambil dana awam menggunakan
akaun bank namanya? Jumlah wang yang terbabit pula bukannya jutaan
Ringgit tetapi bilion.
"Ia tentu dapat dikesan pihak bank. Saya bimbang ada motif di sebaliknya
untuk memusnahkan ekonomi negara," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno ini
pada Sabtu.
Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata,
laporan itu disiarkan sehari selepas Rating Fitch mengkaji semula hutang
Malaysia daripada negatif kepada stabil.
Beliau menambah, Kabinet akan menentukan sama ada tindakan undang-undang akan diambil terhadap laporan berita itu.
Laporan Wall Street Journal pada Jumaat menyebut, siasatannya menemui
dokumen berkaitan perpindahan AS$700 juta (RM2.7 bilion) ke akaun
peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang Pilihan
Raya Umum Ke-13.
Susulan itu, 1MDB dan Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan itu di
mana Najib berkata ia adalah kempen dan sabotaj politik untuk
menjatuhkan beliau.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment