Friday, July 03, 2015
Azmin Tersepit Dalam Kemelut PAS, DAP...Padan Mukanya
Shah Alam : Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kini tersepit antara kemelut yang melanda DAP dan PAS.
Ketika PAS mengisytiharkan mahu menamatkan hubungan dengan DAP, parti
sosialis kini mendesak parti Islam itu membuat pengumuman rasmi bahawa
keputusan tersebut tidak membabitkan PAS Selangor.
Seorang pemimpin DAP yang enggan namanya didedahkan berkata memandangkan
PAS masih sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,
pengumuman tersebut harus diumumkan pimpinan tertinggi parti itu atau
Majlis Syura, bukan hanya kepimpinan PAS Selangor.
Beliau turut membidas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar
Abdul Samad yang memaklumkan mereka sanggup berbincang isu tersebut
dengan pemimpin DAP di negeri itu.
Sumber rapat dengan pimpinan PAS bagaimanapun berkata, parti Islam itu tidak akan tunduk dengan permintaan DAP.
Berbuat demikian, katanya, sama seperti mengumumkan bahawa PAS Selangor
membelakangkan keputusan Majli Syura demi mengekalkan kerusi dalam
pentadbiran di negeri itu.
Kira-kira 5,000 ahli PAS diambil berkhidmat dengan kerajaan Selangor.
Pemimpin DAP itu ketika ditanya jika parti itu akhirnya memilih
pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pilihan raya negeri berkata,
ia akan jadi satu kesilapan.
Beliau berkata, DAP, PAS, PKR dan Barisan Nasional tidak berupaya
menghadapi pilihan raya negeri pada ketika ini kerana rakyat sudah muak
dengan kemelut politik di negeri itu.
"Ramai mungkin tidak akan keluar mengundi," katanya.
Jelas beliau, perbincangan sedang diadakan antara DAP, PKR dan kumpulan serpihan dari PAS untuk membentuk satu pakatan baharu.
Beliau berkata, hasil daripada perancang untuk bergabung semula dan
membentuk Pakatan dengan identiti dan anggota baharu hanya akan
diketahui dalam tempoh beberapa bulan lagi.
"Kami menjangkakan pilihan raya umum dalam tempoh 18 bulan akan datang
dan akan lahir sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang baharu di
Selangor sebelum itu," katanya.
Seorang pemimpin PKR berkata, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR,
tersepit dalam pergeseran dalaman antara DAP dan PAS kerana beliau
mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua parti.
Katanya, walaupun PAS bertindak membelakangkan semangat dalam Pakatan
dengan merancang untuk melaksanakan hudud di Kelantan, Azmin tidak dapat
mengambil tindakan drastik terhadap parti itu kerana beliau tidak mahu
hilang sokongan umat Islam, khususnya di Parlimen Gombak yang merupakan
kubu kuat PAS.
Sumber tersebut berkata Azmin juga terhutang budi kepada PAS yang
sentiasa menyokong beliau semasa krisis menteri besar Selangor pada
tahun lalu.
Sokongan daripada pemimpin PAS membolehkan beliau menerajui Selangor sehingga hari ini.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment