Monday, July 27, 2015
DHPP Memang Licik......Kecewa Punca DHPP Perak Isytihar Keluar Pas
IPOH : Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Perak mengisytiharkan keluar
daripada Pas sekali gus menyokong pembentukan Gerakan Harapan Baru
(Harapan Baru) sebagai sebuah parti politik yang sah.
Ketuanya, S Nelli Raja berkata, tindakan itu dibuat selepas kecewa
dengan komitmen dan hala tuju yang dibawa oleh kepimpinan baru Pas di
peringkat Pusat dan negeri.
“Kita sebulat suara pada hari ini (semalam) bahawa semua ahli
jawatankuasa DHPP Perak peringkat negeri dan kawasan berhenti dan
meletak jawatan daripada terus menyokong Pas.
“Tindakan ini juga dibuat selepas beberapa bekas pemimpin Pas Pusat dan
negeri yang banyak berjuang untuk pihak kami disingkirkan daripada saf
kepimpinan baru,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Dialog Bersama Pimpinan
#harapanbaru Bersama HarapanBaru Malaysia di Hotel Symphiny Suites, di
sini, semalam.
Terdahulu, Nelli Raja mengumumkan pihaknya keluar daripada Pas di
hadapan Pengerusi Harapan Baru, Mohammad Sabu dan lebih 500 peserta yang
menghadiri sesi Dialog berkenaan.
Menurut beliau, keputusan untuk keluar daripada pas juga dibuat selepas
pihaknya melakukan perbincangan dengan ke semua wakil DHPP Perak di
peringkat negeri dan kawasan.
“Tindakan ini bukan secara membabi buta malah ianya telah dibuat
perbincangan terlebih dahulu bersama pimpinan di peringkat kawasan dan
negeri dan akhirnya inilah kata putus yang telah dipersetujui,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya berharap Harapan Baru akan dapat bersama-sama
PKR dan DAP membentuk pakatanbaru bagi menakluki Putrajaya daripada
genggaman BN.
“Pakatan baru ini memerlukan gandingan bersama PKR dan DAP selain kami
yakin ia mampu menarik perhatian rakyat khususnya orang bukan Melayu dan
Islam,” katanya.
Dipetik daripada sumber : SINAR HARIAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment