Wednesday, July 01, 2015

FAKTA: Tiada Kenaikan Harga RON 95 Sejak Oktober 2014

Sebahagian rakyat MARAH tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON 95 sebanyak RM 0.10 semalam kerana kata mereka ia akan menyebabkan kenaikan harga perkhidmatan dan barangan. Pandangan ini sangat terpesong dan “misleading”.
http://cdn1-a.production.liputan6.static6.com/medias/693361/big/ilustrasi-harga-minyak-naik-3-140618-andri.jpg
Mulai 1 Julai 2015 Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015. 

Harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter.

Apa yang disebut kenaikan ini sebenarnya bukanlah kenaikan sebenar kerana pada Oktober 2014 harga RON 95 RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Jadi dari segi pengurusan kos barangan, perkhidmatan mahu pun diri sendiri ia tidak sepatutnya menimbulkan beban tambahan berbanding Oktober 2014.

Adakah harga barangan turun apabila petrol dan diesel turun? Tidak. Jadi mengapa perlu ada sebarang kenaikan lagi sedangkan kos petrol atau diesel telah diserap atau dikira pada kenaikan Oktober 2014.

Jika ada sebarang kenaikan kononnya akibat kenaikan harga petrol hari ini bermakna anda sedang ditipu oleh pengusaha dan peniaga.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment