Monday, July 27, 2015

GHB Wujud Atas Dasar Kecewa Kalah Bertanding

PAS Sabah akan terus menyokong kepimpinan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menolak kumpulan progresif Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata pesuruhjayanya Aminuddin Aling.

Katanya, tiada alasan untuk menubuhkan GHB dan menganggap GHB diwujudkan atas dasar kekecewaan pihak tertentu kerana tidak mendapat tempat dalam pemilihan jawatan pada Muktamar Tahunan PAS, Jun lalu.

"Kami tetap bersama tuan guru presiden (Abdul Hadi). Yang menyertai (Gerakan) Harapan Baharu ini adalah yang kalah dalam pemilihan jawatankuasa... dan rindu pada kedudukan," katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin mengingatkan anggota PAS negeri yang berhasrat menyertai GHB agar tidak menggunakan sebarang aset milik PAS Sabah bagi berkempen untuk kumpulan berkenaan.

"Ini satu amaran, sekiranya terdapat ahli GHB di kalangan kami di sini, saya tidak mahu mereka menggunakan premis kami, itu untuk kegunaan anggota PAS sahaja, pergi cari tempat lain," katanya.

Aminuddin berkata, ketika ini, parti itu tidak dapat mengambil tindakan terhadap anggota PAS yang berpaling tadah dan berhasrat menyertai GHB.

"Dalam perlembagaan PAS, sekiranya seseorang anggota menubuhkan parti atau menyertai mana-mana parti dengan sendirinya akan terbatal keahliannya. GHB belum didaftar jadi parti oleh itu PAS tidak boleh ambil tindakan, sebab parti itu belum rasmi lagi," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment