Wednesday, July 01, 2015
Iktiraf Perkahwinan Sejenis: Mengapa Allah Tak Terbalikkan Bumi Amerika Syarikat?
Menjijikkan. Tidak boleh dibayang dek akal apabila lelaki berkahwin
dengan lelaki, perempuan berkahwin dengan perempuan. Biar pun ia berlaku
di negara Barat, tapi ia tetap menjijikkan.
Itulah yang berlaku apabila hawa nafsu mengatasi akal. Lebih malang, ia
dianggap hak asasi manusia, hak kebebasan, hak kesamarataan dan
macam-macam lagi istilah yang berasaskan hawa nafsu mengalahkan
binatang.
Akan tetapi, Allah SWT telah merakamkan dalam Al-Quran 1,400 tahun
dahulu bahawa telah wujud kaum Nabi Luth AS yang melanggar fitrah
kejadian manusia.
Mereka menjalin hubungan sejenis, engkar larangan Nabi Luth, natijahnya
negeri mereka diterbalikkan seperti yang disebut dalam ayat ke-82, Surah
Hud.
Persoalan, mengapakah Allah tidak menterbalikkan negara Amerika Syarikat
atau negara-negara yang membenarkan hubungan jijik ini berlaku?
Jawapannya, inilah rahmat Allah di akhir zaman. Imam At-Tobari ketika
mentafsirkan ayat ke-102 Surah Al-Anbiya’, beliau berkata rahmat Allah
yang dimaksudkan merangkumi orang Islam dan bukan Islam. Orang bukan
Islam, meskipun mereka kafir, mereka dirahmati dengan tidak ditimpa azab
seperti yang ditimpa ke atas umat-umat terdahulu.
Demikian besarnya rahmat Allah. Bukanlah Allah merestui mereka yang
berbuat kezaliman ini, tetapi Allah ingin umat manusia memanfaatkan baki
umur yang ada untuk kembali bertaubat, sebelum diazab di akhirat kelak.
Apa yang kita khuatirkan adalah telah wujud kumpulan pengikut kaum Nabi
Luth di negara kita. Ada juga yang sudah berani muncul di khalayak,
contohnya Seksualiti Merdeka.
Bahkan sebelum ini pun ada lelaki Islam yang berani berkata ‘Saya gay saya ok’.
Umat Islam khususnya di Malaysia wajib menolak budaya hidup songsang ini
yang ternyata telah merosakkan masyarakat. Berikan didikan agama kepada
anak-anak bahawa pelaku hubungan kotor dan jijik ini dilaknat oleh
Allah SWT.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment