Friday, July 03, 2015

Jangan Hina Arwah Bapa, Ibu saya – Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini tampil meluahkan rasa sedih dan kecewa sekali gus menangkis segala tohmahan serta fitnah terhadapnya yang kini menjadi viral di laman-laman sosial berkaitan pelbagai isu termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).
http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/06/07/08/57/ahmad%20maslan.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Malah, Ahmad menegaskan, pihak-pihak berkenaan yang tidak bertanggungjawab turut memfitnah beliau dengan membuka akaun palsu seperti facebook (FB), twitter dan sebagainya kononnya kesemua akaun itu milik beliau.

Sedangkan, katanya, beliau tidak pernah memiliki akaun-akaun seperti itu yang tersebar luas dengan memetik kenyataan-kenyataannya yang tidak lengkap sehingga menimbulkan kekeliruan selain kemarahan orang ramai terhadapnya.

“Jadi, saya ingin nyatakan bahawa fitnah ini besar dosanya apatah lagi dalam bulan Ramadan ini pun mereka buat fitnah. Mereka buat akaun palsu, FB dan twitter saya. Walhal saya tak ada akaun-akaun dan menyatakan kenyataan-kenyataan (palsu) itu.

“Kadang-kadang kenyataan saya diambil daripada sejuta patah perkataan, sebagai contoh apabila saya pergi UiTM (Universiti Teknologi Mara) dan bertemu lebih kurang 2,000 pelajar dan menjelaskan tentang GST selama dua jam 45 minit.

“Yang dispin (pu­sing) media pembangkang saya cadangkan pelajar memasak sendiri di hostel dan saya jadi sasaran dengan menyebut saya bodoh dan sebagainya. Saya ada sebut kalau kita masak sendiri seperti di luar kampus, bahan-bahan utama untuk kita masak itu kosong GST.

Adalah saya sebut sebaris tapi telah dispin bahawa saya suruh pelajar masak kat hostel,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO menyatakan perkara itu kepada pemberita sebelum mengadakan pertemuan tertutup dengan kepemimpinan UMNO Bahagian Setiu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin dekat sini hari ini.

Bagaimanapun Ahmad berkata, bersempena kemuliaan bulan Ramadan ini selain menjelang Syawal nanti, beliau sedia memaafkan mereka terbabit yang memutarbelitkan kenyataannya sehingga diviralkan.

“Tetapi, jangan hina arwah ayah dan ibu saya, itu jangan buat dan jangan memfitnah saya. 
Kalau saya tak sebut perkataan itu, janganlah direka-reka ko­nonnya saya sebut. Itu fitnah namanya,” katanya sambil menggesa pihak tidak bertanggungjawab itu agar segera berhenti memfitnahnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian turut tidak menafikan tindakannya tampil memberi penerangan mengenai isu GST dan sebagainya bagi mempertahankan kerajaan, namun malangnya telah menjadi mangsa sasaran pihak pembangkang.

Katanya, pembangkang bertindak sedemikian setelah mereka sudah ‘kehilangan punca’ setelah GST kini sudah semakin stabil dan atas sebab itulah mereka memburuk-burukkan keperibadian seseorang dengan menabur fitnah.

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment