Thursday, July 02, 2015

Kadir, Usahlah Tegak Benang Basah

Kadir Jasin di dalam blognya cuba menimbulkan prasangka bahawa penangkapan Xavier Andre Justo oleh polis Thailand adalah satu helah untuk mengalih perhatian rakyat dari hutang 1MDB yang dikatakan telah menjejaskan ekonomi negara.

Gamaknya ketika menulis blog, Kadir terlupa yang Xavier ditangkap di Thailand - negara dimana Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada kuasa. Jangan kata Najib, Thailand macam Switzerland, bebas dari bersekutu dengan sesiapa pun.

Tapi ternyata, ini pendekatan puak pengikut fanatik Mahathir setelah Xavier ditangkap sekarang - mengaitkan hutang 1MDB dengan ekonomi Malaysia. Dulu asyik asyik komisen, Jho Low dan duit hilang.

Bila terbukti komisen RM 700 juta yang kononnya dibayar kepada Jho Low itu datang dari maklumat palsu, tergesa-gesa mereka mengalihkan tiang gol ke tempat lain. Nampak sangat.

Apa pun, mengulas tentang itu (hutang 1MDB memberi kesan kepada ekonomi negara), yang mereka tidak tahu, ada beberapa lagi syarikat yang mempunyai hutang jauh lebih besar dari 1MDB, seperti CIMB dan TNB contohnya, tapi kenapa yang 2 ini tidak boleh memberi kesan kepada ekonomi negara, kenapa 1MDB boleh?

Jika persoalannya kemampuan membayar hutang, aset dan asas perniagaan CIMB dan TNB, apa beza dengan 1MDB? 1MDB belum terlepas tarikh akhir membayar hutang lagi dan aset 1MDB juga melebih hutangnya.

Maka itu usahlah Kadir Jasin cuba menegakkan benang yang basah, mengaku silap dan teruskan hidup dari situ. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment