Wednesday, July 01, 2015
Kasihan Khalid Samad...Kenapa Tahap Macam Ni Sekali Puja Dap
Beginilah nasib Khalid Samad setelah kalah dalam pemilihan pimpinan Pas baru-baru ini.
Asyik melontar pelbagai tohmahan kepada orang lain untuk melegakan hati sendiri.
Macam orang meracau yang menyebut pelbagai ungkapan dan kata-kata yang amat jauh dari kebenaran.
Sebab itu kata-kata orang yang sedang meracau tidak boleh diambil iktibar.
Semua kata-katanya sia-sia tidak boleh diambil iktibar dan pengajaran apatah lagi untuk diukur kecerdikannya.
Kenapa Dap yang dibela, Pas pula yang salah, Isma dan Perkasa pun dikaitkan.
Adakah Khalid kecewa melampau yang menyamai kemurungan melampau kerana kegagalan memusingkan Pas daripada perjuangan asal.
Sudah habis tenaga, masa dan wang ringgit dikorbankan untuk menyelewengkan perjuangan Pas tapi gagal.
Sudah berapa perancangan yang diatur bersama kawan-kawannya untuk memusingkan Pas tapi akhirnya menemui kegagalan.
Kegagalan yang memusnahkan segala impian walaupun sudah melalui tempoh yang agak lama.
Akhirnya disudahi dengan pujian dan sanjungan untuk DAP yang amat tidak menyukai kepimpinan Melayu dan Islam.
Entah apa acuan yang dipakai oleh Khalid memuji dan membela DAP.
Inilah kegagalan perjuangan jika tidak disertai dengan fikrah Islam yang sahih dan tepat.
Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Yang Dipertua Majlis Syura Isma, merangkap Yang Dipertua Isma Pasir Puteh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment