Friday, July 03, 2015
MB Akan Bina Tangki Air Tetapi Sumber Air Masih Belum Selesai
Keluhan penduduk Semenyih ada logiknya. Jika hanya dibina tangki baharu
tetapi sumber air masih belum diselesaikan, tiada manafaat yang akan
datang kepada penduduk.
Nanti akan timbul pula ungkapan : Tangki cantik tapi air tiada juga
Setelah didesak beberapa kali, diasak kiri kanan, masalah ketiadaan air
di Semenyih akhirnya dijawab Menteri Besar (MB) Selangor, Mohamed Azmin
Ali yang berkata akan membina beberapa tangki air di semua kawasan
terjejas.
Azmin berkata demikian pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri semalam seolah-olah masalah yang dihadapi penduduk sejak beberapa
tahun lalu akan berakhir pada masa terdekat.
Padahal bukan tangki yang diperlukan tetapi dari mana datangnya air
untuk mengisi tangki-tangki tersebut tersebut apabila siap dibina kelak.
Itu persoalan yang diajukan penduduk kawasan Semenyih apabila melihat tindakbalas MB Selangor antara acuh tak acuh.
"Buat tangki banyak-banyak tetapi tak ada air nak buat apa? Masalah
sekarang ini adalah air tak sampai ke kawasan atas sebab penggunaan yang
berlebihan oleh penduduk yang semakin ramai mengikut taman perumahan.
"Sepatutnya Azmin beri jalan penyelesaian yang masuk akal, bukan
bercakap sesuka hati apabila ditanya pihak media," kata Pengerusi Badan
Bertindak Krisis Air Semenyih (KAS), Hamdan Abu ketika dihubungi
MalaysiaGazette pagi tadi.
Kata Hamdan, sebagai MB, Mohamed Azmin sepatutnya datang kawasan bermasalah yang terpaksa ditaggung penduduk.
"Datang dan lihat sendiri apa yang berlaku di kawasan negeri yang
dipimpinnya itu. Dengar keluhan rakyat yang semakin tertekan untuk hidup
dalam kawasan yang telah lama tiada air," ujarnya.
Jelas Hamdan, dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Johan
Abdul Aziz, sejak kelmarin, penduduk dibekalkan dengan air bersih
sebanyak lima liter rumah.
"Kami beli air mineral dalam botol besar dan kemudian kami agihkan kepada semua penduduk khususnya kawasan yang paling kritikal.
"Namun sampai bila kami boleh memberi air yang dibeli demi memastkan
penduduk mendapat air minuman yang bersih dan terawat," katanya.
Tambah Hamdan, penduduk di Semenyih tidak lagi memikirkan sambutan Hari
Raya kerana masalah air yang dihadapinya telah berlaku sejak beberapa
tahun dulu.
"Sambut ala kadar saja sebab siapa yang nak cuci pinggan dan sediakan
keperluan nanti? Daripada menanggung malu, lebh baik jangan buat.
BiarlahHari Raya disambut seadanya," ujarnya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment