Sunday, July 05, 2015
Saya Masih Yang Dipertua PAS Pokok Sena, Kata Mahfuz Omar...Takut Hilang Jawatan Lah tu
Shah Alam : Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar enggan
mengesahkan samada beliau akan menyertai parti politik baru yang
dikatakan bakal ditubuhkan oleh kumpulan G-18 selepas Hari Raya
Aidilfitri nanti.
G-18 adalah kumpulan bekas pemimpin kanan PAS yang kecundang dalam pemilihan parti 4 Jun lalu.
"Saya masih YDP (Yang Dipertua) Pokok Sena dan MP Pokok Sena. Berhenti di situ," tegasnya dipetik portal MalaysiaKini.
Beliau dalam pada itu menasihati barisan kepimpinan PAS yang baru agar
tidak memandang rendah atau bersikap pesimis dengan kewujudan parti baru
- jika parti berkenaan benar-benar ditubuhkan kelak.
Pemimpin PAS juga tidak sepatutnya terus mengaitkan kemunculan parti
politik baru ini dengan sejarah parti serpihan Hamim dan Berjasa, ekoran
landskap politik rakyat negara ini sudah berubah.
"Kepada parti politik yang (sedia) ada, khususnya daripada PAS, tak
boleh memandang kecil terhadap kewujudan parti baru, yang lahir daripada
inisiatif ahli PAS sendiri.
"Sebab saya tak nampak bahawa kalau kewujudan parti baru ni, (ia) macam
parti-parti politik yang sebelum ni. Ramai orang pesimis terhadap
kewujudan parti politik baru sebab sejarah lama. Hamim dan Berjasa.
Sejarah lama tu sejarah lama.
"Bagi saya, (ini) perubahan zaman, (situasi) dia berlainan. Bacaan
politik tak boleh diwarnai dengan sejarah lama, tetapi harus diwarnai
dengan perubahan zaman. Gaya berfikir masyrakat yang lahir pada masa
hari ini," katanya.
Pemimpin PAS sebelum ini berkata kemunculan parti baru tidak akan
memberi kesan serta tidak akan menggugat mereka kerana sejarah
membuktikan entiti yang terbina hasil serpihan PAS tidak akan kekal
lama.
Mahfuz kemudiannya menyeru PAS bersama DAP dan PKR serta parti baru
(jika wujud) kembali ke meja rundingan demi untuk mengukuhkan pakatan
pembangkang seterusnya berdepan dengan Umno Barisan Nasional (BN) pada
Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 nanti.
"Tapi apa yang harus dilihat oleh semua orang ialah kepentingan masa
depan Malaysia. Masyarakat menaruhkan harapan yang begitu besar kepada
Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran negara.
"Ini kerana hilang kepercayaan kepada Kepimpinan Umno dan BN yang ada pada hari ini," katanya lagi.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment