Monday, July 27, 2015
Sedia Kerjasama Dengan Pas Dan Dap Perlihat Kedudukan PKR Yang Cukup Lemah Dan Tersepit
28 Julai 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap
menyifatkan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan
Gerakan Harapan Baru (GHB) dan meneruskan komitmen persahabatan dengan
Pas merupakan kenyataan mereka yang tersepit dan lemah.
Menurut beliau amat jelas PKR selama ini bertenggek serta menumpang
populariti dan kekuatan di bahu Pas dan juga rakan sekutunya Dap di
dalam pakatan pembangkang untuk bergerak ke seluruh negara bagi
meneruskan kelangsungan parti berkenaan di dalam arus politik negara.
“Sebab itu kita tidak hairan dengan kenyataan berlapik sedemikian
rupa dengan harapan untuk menjaga hati kedua-dua belah pihak. Malah
lebih penting lagi PKR mahu mempertahankan kedudukan mereka sebagai
peneraju kerajaan negeri di Selangor.
“Dalam kemelut Dap dan Pas ini PKR jelas cuma bermain silat lidah.
Setakat ini tidak ada satu pun pendirian yang tetap dan tegas dari PKR
melainkan berpusing-pusing tanpa arah,” katanya kepada UMNO-Online, di
sini, hari ini.
Dilaporkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu
sedia bekerjasama dengan GHB dan pada masa sama, meneruskan komitmen
persahabatannya dengan parti Pas.
Kata Wan Azizah, PKR memerlukan kerjasama semua ahli politik yang mempunyai agenda perjuangan yang sama tanpa mengira parti.
Anuar seterusnya menegaskan PKR kini berada di dalam keadaan dan
kedudukan tersepit dan tidak mampu untuk membuat keputusan untuk bersama
Dap atau Pas.
“Kita pun percaya walaupun Wan Azizah adalah presiden PKR namun
peranannya tidak lebih sekadar pembaca skrip sahaja. Beliau tidak akan
mampu membuat apa juga keputusan apatah lagi kedudukan PKR itu sendiri
adalah cukup lemah berbanding Dap dan Pas.
“Sampai bila PKR mampu bermain wayang dan sandiwara hanya masa yang akan menentukan”, ujarnya.
Sebelum ini dilaporkan juga Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang kini dipenjarakan setelah didapati bersalah atas kesalahan
liwat, mengumumkan bahawa satu kerjasama baharu akan dijalankan antara
pembangkang, termasuk bersama kumpulan progresif tidak lama lagi.
Menerusi peguamnya Anwar berkata, pihaknya kini sedang memperkukuhkan
pakatan tersebut yang bakal disertai pemimpin Pas yang menubuhkan GHB.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment