Sunday, July 05, 2015
Sedihnya Melihat Melayu... Dua Lagi Ahli PAS Sertai DAP
Dua aktivis pemuda PAS telah menyerahkan borang keahlian menyertai DAP
dalam satu majlis majlis buka puasa anjuran Ahli Parlimen DAP Segambut,
Lim Lip Eng semalam, lapor roketkini.
Mereka adalah Zulhazmi Shariff dan Mohd Shubihi Md Zain.
Zulhazmi merupakan peguam PAS yang pernah dilantik menjadi Ahli
Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat semasa zaman Suhaizan Kayat menjadi
ketuanya.
Manakala Mohd Shubihi adalah aktivis pemuda PAS Kedah dan pernah menjadi
pegawai khas kepada bekas Ahli Parlimen PAS Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
“Walaupun aktivisme mereka berlatarbelakangkan Islam politik, mereka
sedar bahawa DAP adalah parti demokratik sekular yang memperjuangan hak
semua rakyat tanpa mengira gender, kaum dan agama,”lapor organ DAP itu.
Borang keahlian Zulhazmi diserahkan kepada Lip Eng, manakala borang
keahlian Mohd Shubihi diserahkan Pengerusi DAP Pahang merangkap Ahli
Dewan Undangan Negeri Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Selain dua aktivis politik tersebut, remisier pelaburan saham, Syed Hidayat Syed Hassan, turut menyertai DAP.
Hadir sama di majlis tersebut adalah Adun DAP Kampung Tunku, Lau Weng
San, Penyelaras Inisiatif Impian Kelantan, Young Syefura (Rara) dan Ahli
Majlis DAP Selangor, Mohammad Samad.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment