Wednesday, July 01, 2015
Siapa Tak Kenal Mereka ini..... ‘Dua Lim’ Like Father Like Son
Sedar atau tidak, DAP akhirnya berjaya berdiri sendiri selepas
memperkudakan dan menipu PAS bagi meraih sokongan orang Melayu dalam
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan 13 yang lalu.
Menggunakan keputusan Muktamar Agung PAS Ke-61 awal bulan ini sebagai
alasan, DAP akhirnya menunjukkan wajah sebenar dalam mencapai cita-cita
untuk menjadi pemerintah tunggal yang menguasai sepenuhnya kerajaan
Pulau Pinang.
Sebelum ini parti rasis itu marah apabila media menggunakan ‘Kerajaan
DAP Pulau Pinang’. Mereka mahu ia disebut sebagai ‘Kerajaan Pakatan
Pulau Pinang’. Namun, kini perkataan yang disebut oleh media termasuk
ismaweb.net menjadi kenyataan.
Penyingkiran pegawai kerajaan negeri yang terdiri daripada pemimpin PAS
Pulau Pinang menunjukkan sikap hipokrit DAP yang lebih mementingkan
parti itu daripada rakan yang membantu calon mereka mencapai kemenangan
di seluruh negara.
Inilah taktik rasis dan ganas yang digunakan untuk menyingkirkan kuasa
Melayu di Pulau Pinang. Selepas dipergunakan, PAS kemudian disepak
terajang, namun masih ada bekas pemimpin dan ahlinya yang masih ‘sayang’
kepada puak-puak cauvinis itu, kerana mereka lebih mementingkan diri
sendiri dan dunia.
‘Hidangan’ yang disediakan oleh DAP kepada mereka membuatkan kumpulan
penentang dalam PAS ini lupa mengenai Islam, bangsa dan tanah air.
Sebenarnya, DAP, khususnya Lim Guan Eng sendiri yang merupakan
setiausaha agung parti rasis itu awal-awal lagi berusaha memutuskan
hubungan dengan PAS, apabila Jawatankuasa Pusat parti itu membuat
keputusan tidak mahu bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang.
Namun, yang peliknya DAP tidak mahu memutuskan hubungan dengan PAS.
Jadi, dengan pemimpin mana dalam PAS yang hendak dijadikan penghubung
antara parti itu? Pastinya dengan pemimpin PAS yang ‘mesra’ dengan
mereka yang boleh mereka jadikan kuda tunggangan.
Semua orang tahu siapa pemimpin PAS yang dimaksudkan itu. Malah, usaha
DAP untuk meletakkan ‘kuda’ itu sebagai pemimpin atasan PAS tidak
kesampaian apabila kumpulan pro ulama mematahkan cita-cita jahat mereka.
Berikutan kisma-slv-front-54egagalan itu, ditambah pula usul memutuskan
hubungan dengan DAP diluluskan tanpa bahas pada muktamar berkenaan, DAP
melepaskan geram dengan ‘menghalau’ pemimpin PAS peringkat negeri
daripada kerajaan DAP Pulau Pinang.
Kini, jelaslah kepada rakyat bahawa cita-cita jahat DAP sebenarnya hanya
mempergunakan PAS bagi meraih undi Melayu. Selepas mendapat kuasa,
mereka mencari apa saja jalan untuk menyingkirkan orang Melayu Islam.
Selama ini sedar atau tidak, PAS telah masuk perangkap DAP.
Kemudian, pimpinan DAP membuat keputusan unilateral tanpa perbincangan
dengan anggota gabungan PKR dan PAS, mengumumkan bahawa PR sudah tidak
wujud lagi. Sekali lagi mereka ingin mengatakan bahawa “kami lah yang
berkuasa dalam PR”.
Inilah penipuan yang Mat Sabu sebagai ahli PAS patut beritahu kepada
penyokongnya, setelah dia sendiri meletak jawatan dalam anak syarikat
kerajaan pimpinan DAP. Bukan beralih kepada isu RUU hudud yang gagal
dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat.
Yang patut diberi perhatian ialah ‘DAP sudah tipu PAS’.
‘Like father like son’, dua beranak ‘Lim’ iaitu Kit Siang dan Guan Eng
bijak mengatur langkah untuk membuatkan PKR terutama di Selangor pula
tersepit dalam permainan mereka setelah berjaya menipu PAS.
Guan Eng selamat di Pulau Pinang kerana memonopoli kerusi Dewan Undangan
Negeri walaupun tanpa PAS, namun apa pula yang akan berlaku jika parti
dalam pakatan itu membawa haluan masing-masing di Selangor?
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment