Monday, February 01, 2016
ADUN Sekinchan Hilang Wang RM20,000 Didalam Kereta... Buat Apa Simpan Dalam Kereta?
KUALA SELANGOR : Anggota Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim
mendakwa beliau kerugian RM20,000 selepas wang tunai yang diletak dalam
keretanya hilang dalam kejadian cermin keretanya dipecahkan.
Ng, 45, yang merupakan anggota politik DAP berkata kejadian berlaku
kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi selepas beliau meletakkan
keretanya di kawasan tempat letak kereta yang terletak di seberang
jalan berhadapan sebuah bank di pekan lama Kuala Selangor.
"Setelah kembali semula ke kenderaan saya selepas 10 minit kemudian,
saya terkejut apabila mendapati cermin bahagian hadapan kereta jenis
Mazda CX5 saya dipecahkan.
"Saya kemudian mendapati sebuah sampul surat bersaiz A4 berisi wang
tunai RM20,000 yang diletakkan dalam kereta tersebut dilarikan," katanya
ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata wang tersebut sepatutnya digunakan sebagai bayaran bonus
serta 'ang pow' bagi kakitangannya sempena sambutan Tahun Baru Cina
nanti.
Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor
mengesahkan menerima laporan daripada Ng berhubung kejadian itu yang
disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment