“Dakwaannya (Chong) mengatakan Ketua Menteri Adenan Satem mempengaruhi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) satu lagi cubaannya untuk memburuk-burukkan populariti Ketua Menteri yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Sarawak,” katanya.
Abdullah yang juga ketua setiausaha politik Ketua Menteri berkata wujud khabar angin mengatakan perwakilan DAP mungkin merancang bertanding di kawasan-kawasan lain kerana mereka sedar populariti semakin menurun dan gagal berkhidmat untuk rakyat di konstituensi masing-masing.
“DAP sentiasa sibuk mengkritik orang lain dan cuba mengelak menilai kad laporan atau prestasi mereka di kawasan masing-masing,” ujarnya.
Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata dakwaan Chong itu menunjukkan betapa kerdil dan mengarutnya Ahli Parlimen Bandar Kuching merangkap Adun Kota Sentosa itu.
“Chong hanya menggembar-gemburkan perkara yang kecil. Ketua Menteri (Adenan) hanya mencadangkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang iaitu pada 18 April dan 30 April masing-masing.
“Sudah tentu Chong tahu apa itu ‘cadangan’?. Sama ada SPR akan menerima tarikh-tarikh itu, terpulang kepada suruhanjaya tersebut, tetapi jika mereka bersetuju tidak bermakna Ketua Menteri mengawal SPR seperti didakwa Chong,” katanya.
Menteri Muda Pembangunan Belia itu menambah, dakwaan Chong adalah berniat jahat dan tidak adil, sesuatu yang tidak seharusnya dibuat.
Chong tegasnya, harus berterima kasih kepada Ketua Menteri (Adenan) kerana mendedahkan tarikh-tarikh penting itu, kerana ia melenyapkan semua spekulasi dan membolehkan semua parti membuat persiapan menghadapi PRN akan datang, sama ada parti pembangkang atau Barisan Nasional (BN).
“Sudah pasti, Chong tahu perkara seperti ini tidak pernah dilakukan sebelum ini dan saya yakin Adenan melakukannya untuk memberi peluang kepada semua parti mempunyai masa yang munasabah untuk mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya, bukannya meraba-raba dalam gelap,” tambahnya.
Abdul Karim menegaskan bahawa Chong sepatutnya berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana ‘adil’ kepada semua dan tidak bersikap pilih kasih seperti Chong.
“Ini jelas menunjukkan Chong hanya bermain politik kotor. Beliau akan mengutuk, mengkritik dan membuat tuduhan bodoh ke atas apa jua yang dilakukan BN sama ada munasabah atau sebaliknya,” tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment