Monday, February 01, 2016
Dua Pegawai Bahagian Operasi Khas SPRM Ditangkap...
Berita penahanan dua orang pegawai SPRM yang disyaki membocorkan rahsia dan maklumat siasatan amat menggemparkan.
Ia menunjukkan betapa khianatnya pegawai berkenaan dan agensi ini
bukannya ‘wali’ atau tersangat bersih apabila sanggup ‘menjual’ dokumen
sulit siasatan berkaitan kes berprofil tinggi demi keuntungan peribadi.
Malangnya kes tersebut didiamkan oleh pihak berkenaan atas sebab yang
tidak diketahui.
Pihak polis sepatutnya mendedahkan siapa penerima maklumat yang
dibocorkan oleh pegawai SPRM yang mereka tahan sebelum ini dan bukannya
menyimpan keterangan tanpa sebarang dakwaan.
Walaupun berita ini adalah berita yang sudah berlalu namun rakyat Malaysia berhak mendapat penjelasan lanjut dari pihak PDRM.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment