
Tuesday, February 09, 2016
Kebakaran : MB Perlis Temani Anak Mangsa Beli Pakaian Sekolah

KANGAR : Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man hari ini membawa
anak-anak mangsa kebakaran Taman Pelangi, Bukit Tok Po di Kuala Perlis
membeli pakaian dan keperluan sekolah di sini.
Beliau mengiringi 19 murid dari 15 keluarga itu menaiki myBAS dari
Kuala Perlis ke sebuah pasar raya di bandar ini untuk membeli keperluan
itu tengah hari tadi.
Selain wang tunai, kerajaan negeri Perlis juga meyediakan baucer bagi
tujuan pembelian itu, kata Azlan selepas membeli belah dengan
kanak-kanak itu.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Ahad lepas, kebakaran itu
memusnahkan 20 buah rumah di Taman Pelangi yang menyebabkan kesemua 15
keluarga itu tinggal sehelai sepinggang. Mereka kini ditempatkan
sementara di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis.
Azlan juga berkata penempatan sementara mangsa kebakaran itu akan diselesaikan dalam masa dua tiga hari lagi.
Mengenai bantuan kepada mangsa, beliau berkata kerajaan negeri hanya
menyelaraskan bantuan agensi-agensi kerajaan manakala orang ramai dan
badan bukan kerajaan bebas memberi sumbangan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment