Tuesday, February 09, 2016
Komen DAP Kepada PKR : PKR SOMBONG! OTAK BODOH Dan EGO
Bersatu la sangat DAP dan PKR, gaduh pasal kerusi bertanding masih belum selesai!
Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak menyelar sikap kesombongan PKR dalam
membolot agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya
Negeri (PRN) Sarawak.
Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya, Abdul
Aziz Isa hari ini menggambarkan PKR hanya mementingkan diri sendiri
tanpa merujuk kepada rakan kompenan Pakatan Harapan khususnya DAP.
“PKR adalah sama sekali mementingkan diri sendiri dan hanya mementingkan
kerja mereka sendiri sahaja. Jika kejayaan mereka begitu muram, minta
tolong dengan rakan kongsi anda dalam DAP untuk mengatasi kelemahan
anda,” katanya dalam satu kenyataan.
PKR secara bersendiri telah mengumumkan calon yang begitu banyak, tanpa
sebarang perbincangan dengan Pakatan Harapan, kritik Aziz, sambil
menambah PKR juga enggan melepaskan mana-mana kerusi di Sarawak,
‘walaupun tewas’ pada PRN 2011.
“(Ini) menunjukkan bagaimana sombong dan sikap tidak bekerjasama.
“Mungkin dari awal lagi, PKR langsung tidak mempunyai niat untuk
berunding, ia hanya rempuh secara membuta tuli kerana ia begitu
terdesak.
“Jadi, pertandingan tiga penjuru akan berlaku,”kata Aziz.
Tambahnya, PKR juga sukar untuk didekati kerana “otak bodoh dan ego”.
Aziz yang juga pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng
Jen, mencabar PKR untuk membiarkan DAP bertanding di beberapa kerusi
yang secara tradisinya ditandingi PKR, sambil menambah bermungkinan akan
berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya ‘untuk membuktikan
siapa yang layak’.
Ini kerana, katanya, DAP mempunyai peluang yang lebih baik daripada PKR
untuk menang, kerana DAP telah turun padang sejak pilihan raya umum
ke-13 pada tahun 2013 lagi.
Aziz juga berkata, PKR hanya mula turun padang dalam tempoh dua hingga tiga bulan yang lalu sahaja.
“Sangat sedih, yang PKR tidak belajar untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
Aziz juga berhujah bahawa PKR akan kemungkinan besar tidak diterima
dengan baik di Malaysia Barat jika parti itu terus menjadi mesra PAS,
yang menjauhkan lagi hubungan dengan DAP berhubung isu hudud.
“PKR bukan parti yang tegas, pemimpinnya tidak boleh membuat keputusan
mereka … PKR tanpa kepala, tanpa arah dan keliru dengan konsep,”
kritiknya lagi.
Beliau berkata, jika pemimpin-pemimpin PKR yang bukan berasal dari
Sarawak dan tidak memahami keadaan di sini, mereka perlu berundur dan
menahan diri daripada bergaul dalam hal ehwal tempatan.
“Seperti yang semua orang lihat, ia akan sentiasa menjadi sukar bagi
DAP, tetapi kami adalah konsisten dan mempunyai integriti,” katanya.
Baru-baru ini, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dalam satu sidang media
yang turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan
Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan 22 calon yang akan
bertanding di Zon Selatan pada PRN 2016 pada April ini.
22 calon PKR itu termasuk tiga DUN yang diminati Abdul Aziz iaitu
Tupong, Samariang ataupun Satok yang bersesuaian dengan pelantikan DAP
terhadapnya sebagai Penyelaras DUN Tupong.
Calon PKR yang diumumkan di DUN Tupong adalah Nurhanim Hanna Mokhsen dan Mohd Salleh di DUN Satok.
Calon-calon PKR yang turut diumumkan adalah Francis Teron (Opar),
Boniface Willie Tumek (Tasik Biru), Jajol Numan (Tanjung Datu), See Chee
How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Athina Sim (Serumbu),
Willie Mongin (Mambong), Musa Ngog (Tarat) dan Cyril Langin (Kedup),
Regional Abell (Bukit Semuja), Jamilah Baharuddin (Simunjan), Abang
Zulkifli Abang Engkeh (Lingga), Nicholas Mujah (Balai Ringin) Norina
Utot (Simanggang), Kolien Liong (Batang Ai), Yukub Daud (Saribas),
Vernon Kedit (Layar), Neol Bucking (Bukit Saban), Jemat Panjang
(Kalaka), Ali Biju (Krian) dan Baru Bian (Ba’Kelalan).
Sebelum ini, PKR turut mengumumkan George Chen (Machan), Abdul Raafidin
Majid (Nangka), Abun Sui Angit (Murum), Elia Bit (Marudi), Ronald Engan
(Telang Usan) dan Paul Baya (Mulu).
Abdul Aziz disifatkan blog siemens-melayumaju sudah makin gelabah
apabila kerusi yang diminatinya dirampas oleh PKR, hinggakan pembantu
khas Pengerusi DAP Sarawak itu telah membuat pengumuman mahu bertanding
di DUN Kota Sentosa (milik bosnya) atau Batu Kitang (milik musuh
ketatnya dari PKR).
“Pada minggu lepas, Aziz, yang juga Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak
Ching Chieng Jen dengan konfidennya mengumumkan beliau akan bertanding
sama ada di Kota Sentosa atau Batu Kitang.
“Umum tahu Kota Sentosa yang disandang oleh Chong adalah kubu kuat DAP
manakan Chong hendak menyerah bulat-bulat kerusi tersebut kepada Aziz,
sedangkan Batu Kitang adalah kawasan DUN baharu dan kekuatan serta
sokongan DAP di sana masih belum dapat dipastikan lagi.
“Takkan Chong berani mengambil risiko untuk kalah pada PRN kelak? Takkan
Chong nak duduk di luar sedangkan Aziz enak-enak saja duduk di dalam
DUN waktu persidangan DUN Sarawak kelak?
“Penamaan Voon Shiak Ni sebagai calon PKR di Batu Kitang bagaikan paku
terakhir menutup segala peluang bagi Aziz yang selama ini terkapai-kapai
mencari kawasan untuk bertanding kerana sebelum ini beliau kelihatan
“aktif berkempen” di Tupong dan Satok namun kedua-duanya telah di”cop”
oleh PKR – Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong) dan Mohd Salleh (Satok).
“Hubungan Aziz dan Voon sebenarnya tidak mesra kerana mempunyai sejarah
hitam mereka sendiri dan sudah tentunya Voon tidak akan memberi sebarang
muka kepada Aziz.
“Aziz hampir-hampir disaman oleh Voon kerana menyelarnya (Voon) dalam
status FBnya sebagai “jalang” dan perkataan kesat tidak berapa lama dulu
namun difahamkan selepas Aziz memohon maaf secara terbuka maka kes
tersebut dilupakan begitu saja,” dedah blog itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment