“* tunggu rakyat pecat hampa pulak #UmnoKedah#TolakNajib.” Menurut status tersebut.
Thursday, February 11, 2016
Macai Mukhriz Tak Puas Hati Bila Tuannya Dipecat Lagi
Seorang macai bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
yang menggunakan akaun Facebook Aril Farhan Apj, dilihat tidak berpuas
hati apabila ‘tuannya’ dipecat sekali lagi daripada jawatan yang
disandangnya.
Mukhriz yang sebelum ini dipecat dari jawatan Menteri Besar Kedah, hari
ini sekali lagi dipecat daripada jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO
Negeri Kedah. Anak Mahathir itu digugurkan oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak.
Kekosongan jawatan yang ditinggalkan tersebut digantikan oleh Menteri
Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan
Pengerusi Dato' Seri Mahdzir Khalid.
Tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Najib, macai-macai
Mukhriz bertindak menyuarakan kemarahan mereka di laman sosial. Mungkin
dengan niat mahu memburukkan kepimpinan perdana menteri.
Tidak cukup dengan kebiadapan yang ditunjukkan, macai-macai tersebut
juga dilihat mahu menghasut pengguna laman sosial dengan meletakkan
#TolakNajib sebagai tanda boikot terhadap pentadbiran pucuk pimpinan
Presiden UMNO tersebut.
Malah Aril Farhan Apj juga turut mengajak seluruh rakyat Kedah dan
rakyat dinegeri lain untuk bersatu padu dan bekerjasama untuk ‘memecat’
seluruh kepimpinan yang konon ‘menggulingkan’ tuan Mukhriz mereka itu.
“Najib Razak telah memecat Ds Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan
Umno Negeri Kedah dan di gantikan dengan Ahmad Bashah dan Timb .
Mahadzir Khalid . Harap Maklum.
“* tunggu rakyat pecat hampa pulak #UmnoKedah#TolakNajib.” Menurut status tersebut.
Sejak dari pengumuman perletakkan jawatan yang dibuat Mukhriz
sehinggalah sekarang, macai Mukhriz tidak berhenti-henti bersuara
menyalahkan perdana menteri. Padahal tuan mereka yang buat hal tapi nak
salahkan orang lain pulak. Belajar la terima hakikat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment