Tuesday, February 09, 2016
Mana Tahu Erti DOSA..... Janji Pemikiran Rakyat Dipesongkan... Rafizi !! Cukup-Cukuplah…
Kalaulah tidak berwaspada dengan putar belit pembangkang, nescaya kerajaan pasti ‘terjerat’, sebelum terkulai hilang kuasa.
Trend spin atau putar belit yang dilakukan pakatan pembangkang semakin
menular dalam setahun dua ini sehingga mencemaskan dan mengelirukan
banyak pihak. Dijangkakan kian agresif dalam dua tahun mendatang ini.
Banyak sudah kes spin sebegini. Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Tian Chua,
malah Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering yang juga bekas Menteri
Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin apabila kena saman,
sekadar ungkapkan permohonan maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Barang kali dia menyesal? Tak tahulah.
Tambah menghairankan lagi, Rafizi terutamanya apabila diheret ke
mahkamah dan disoal peguam, barulah bersuara bahawa kenyataannya
mengenai isu ‘lincin’ hanyalah jenakanya atau berseloroh.
Patutkah begitu? Kebiasaannya apabila kedudukan perkara sebenar
diperjelaskan, tidak akan ada sebarang maklum balas daripada
pembangkang. Kalau adapun, menafikan jauh sekali. Mahu ‘ditokok tambah’
lagi ada.
Malangnya, putar belit itu ‘melekat’ bagaikan gam dalam fikiran sebilangan orang. Damage has been done.
Kita rakyat Malaysia pastinya masih segar dengan isu dakwaan Penasihat
PKR, Anwar Ibrahim pada kempen pilihan raya umum lalu bahawa warga
Bangladesh kononnya dijadikan ‘pengundi hantu’. Tetapi sehingga kini
tiada langsung permohonan maafnya. Terbukti bohong semata-mata.
Sandiwara pembohongan 16 September 2008, masih ingatkah? Ketika itu ada
kalangan wakil pembangkang sendiri telah dibohongi kononnya sejumlah
ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat sudah lebih
daripada mencukupi.
Yang di-Pertuan Agong pula dikatakan kononnya sedang menunggu di Istana
untuk mendapat pengesahan jumlah ahli Parlimen BN yang akan melompat dan
memberi perkenan Tuanku untuk pakatan rakyat membentuk Kerajaan
Persekutuan. Malah baginda dikatakan sudah berkenan dan merestui ‘YB
Permatang Pauh’ sebagai Perdana Menteri keenam. Dikatakan nombor plat
kereta pun sudah ditukar menjadi WMK 6.
Rakyat digula-gulakan manakala wakil rakyat pembangkang disogok cerita
kononnya Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ATM juga
memberikan sokongan pembentukan Kerajaan Persekutuan oleh pakatan
rakyat.
Ada bertanyakan penulis, Rafizi ini ‘gempak dan gertaknya’ sahaja yang lebih.
Jika dipulangkan kembali paku buah keras, mampu pula dia ‘pusing’ balik 360 darjah terhadap para pengkritiknya.
Terbaharu, Rafizi sedang berdepan dengan persoalan yang dibangkitkan
ramai terutama netizen bahawa mengapa dia masih memiliki simpanan hampir
RM500,000 dalam akaun Tabung Haji? Sedangkan dia sendiri ‘amat percaya’
institusi itu sudah rugi sejak 2014, rizabnya negatif dan tidak mampu
bayar dividen. Adakah dia sedang menikmati bonus yang baru diumumkan?
Ini perlu dijawab oleh Rafizi.
Hakikatnya, berhadapan dengan kebenaran bagi pembangkang sesuatu yang menyakitkan. The truth hurts.
Kerana itu kita dapat melihat reaksi mereka terhadap segala program yang
dijayakan kerajaan bagaikan tindak balas chimpanzee dalam sarkas kerana
kebenaran itu telah ‘menusuk’ mereka.
Rafizi! Kamu cukup-cukuplah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment