Thursday, February 18, 2016
Mat Sabu Tuduh Melayu Bodoh.... Kurang Ajar Bahasa Ni
SUNGAI PETANI : Dalam keadaan terpekik-pekik, Presiden PAN,
Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai
bodoh, bangang dan bahalol dalam ceramah di Majlis Rumah Terbuka
Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina, di sini malam tadi.
Semuanya gara-gara orang Melayu terutamanya yang berada di kelas
pertengahan didakwa menjadi penyebab kepada kemenangan Barisan Nasional
(BN) pada pilihan raya umum lalu.
“Yang paling saya kecewa ialah kelas pertengahan Melayu. Mereka inilah
yang susah berubah. Makan gaji sikit, jadi pegawai kerajaan sikit,
pertahan pemerintah rasuah. Ini yang saya marah, saya baling mikrofon
malam itu.
“Tahun 2013, undi Melayu turun sedikit. Meningkatnya sokongan kepada
kita sebanyak 52 peratus kerana undi orang Tionghua dan orang India.
Tahniah kepada kaum Tionghua atas kesedaran politik.
“Orang Melayu kenapa tak mahu berubah? Takutkah kalau UMNO jatuh, Cina
perintah Malaysia? Kenapa bodoh, bodoh, bodoh?” katanya sambil disambut
sorakan dan tepukan daripada kira-kira 250 hadirin yang kebanyakannya
terdiri daripada kaum Cina.
Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta barisan
kepemimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan Pulau Pinang.
Tuduhan kerasnya itu kemudian diteruskan lagi terhadap pegawai kerajaan. “Apabila orang Cina hendak ambil alih Malaysia melalui pilihan raya
boleh atau tidak? Tetapi berapa ramai pegawai kerajaan boleh percaya?
Bangang bin bodoh bin bahalol.
“Tak boleh! Orang Cina hanya boleh memerintah sama ada bersama BN atau
pakatan pembangkang. Tak boleh mereka memerintah sendirian,” katanya. Beliau turut menuduh, semua itu adalah ‘racun’ yang dimasukkan biro tatanegara dan polis Cawangan Khas (SB).
“SB kerjanya itulah, bawa bekas ahli DAP, Razali (Mohamed Razali Abdul
Rahman) diiringi oleh polis pergi berbohong pegawai kerajaan,” ujarnya. Seterusnya beliau membuat perbandingan mengenai sikap rakyat negara ini
yang menolak demonstrasi sebagai cara menjatuhkan pemimpin di sesebuah
negara.
“Di Filipina rakyat berdemonstrasi hingga Marcos jatuh. Di Indonesia,
para pelajar berdemonstrasi sehingga mati enam orang tetapi akhirnya
menjatuhkan Suharto dan memulakan era demokrasi. “Di Thailand rakyat berdemonstrasi menjatuhkan Yingluck Shinawatra
sementara di Burma mereka tumbangkan rejim tentera. Rakyat Malaysia
bila? Demonstrasi pun tak mahu, pilihan raya pangkah lagi BN. Bodoh,
bangang, bahalol,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment