Thursday, February 11, 2016

PAS 'Sentap' Dengan Layanan Yang Diberikan Oleh Parti Pembangkang Lain

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhU6xrBTQ-b2IA0ehM6kz_hzZqanKXF2sqos-keuqJyDfnEWG0Hi0NrpjAllmkqU3UoH9r21Xn4TJAj7AS6gx9SSQTAeeLFUzt7PQeI-qeXank1M2rBBQ3OHYL7RNbBzGuBjThc81dG6ds/s1600/Tuan-Ibrahim-Tuan-Man.jpg

Parti Islam, Pas dikatakan sentap dengan layanan lebih kurang yang ditunjukkan oleh parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amanah dan DAP. Sentap kenapa?? Katanya sebab Pas tidak dijemput untuk menyertai Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat.

Ohhhh, sebab tu jeke?? Mungkin Pas sudah lupa yang DAP dan Amanah memang sudah lama buang parti Islam itu dalam ‘hati nurani’ mereka. Cuma PKR je yang kesian dan simpati terhadap nasib Pas yang dipinggirkan tu, sebab tu PKR ‘layan’ jela Pas ni, tapi dengan balasan harus menyokong setiap tindakan yang dibuat.

Kesian kan… Dakwa Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Pas sedih dilayan seperti anak tiri sedangkan dahulunya mereka selalu ‘bersama’ dalam setiap program atau perhimpunan yang diadakan.

“Saya ingin tegaskan PAS tidak pernah menerima sebarang surat jemputan sebagaimana di dakwa, dan tiada sesiapa pun yang menghubungi saya atau pejabat Agong bagi memaklumkan program tersebut,” katanya.

Namun berlainan pula jawapan bagi pihak jurucakap penganjur Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat yang menggelarkan diri mereka  “Pro98 Reformis Malaysia”, Dr Badrulamin Bahron.

Tegasnya, bukan tidak jemput tetapi pada dua bulan yang lalu mereka ada menjemput Pas untuk menyertai mesyuarat menganjurkan acara malam yang diadakan dua hari lepas. Tetapi Pas buat tidak tahu je.. Mungkin sebab tu dorang tidak dijemput.

Itulah dulu jual mahal sangat, berlagak dan keras kepala nak menang. Nahhhh, sekarang ni bila dah kena pinggir baru nak terasa bagai.. Hahahaha! Dengar kata geng penganjur perhimpunan tu pun sentap jugak sebab takde sorang pun pimpinan Pas yang hadir.

Elok la lawan sentap korang… Masing-masing tidak mahu mengaku kalah dan mengalah. Saling menyalahkan antara satu sama lain. Dalam pada masa yang sama Tuan Ibrahim menegaskan walaupun mereka tidak hadir, namun mereka turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Anwar Ibrahim yang ditahan di penjara atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya.

“PAS berasa dukacita di atas tuduhan yang dibuat, dan kita telah tegaskan PAS menentang sebarang bentuk kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.

“Kita bersimpati dengan apa yang menimpa DSAI dan ketidakhadiran ini bukan bermakna kita tidak bersimpati kepada beliau,” tegas Tuan Ibrahim

No comments:

Post a Comment