Wednesday, February 10, 2016

Tak Mampu Tadbir Diri Sendiri, Ada Hati Nak Tadbir Kedah – Jururawat Perkecilkan Ahmad Bashah

image 
Seorang jururawat awam di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang mungkin begitu terdesak dan marah apabila Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan dan menyebabkan Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah menggantikannya. 

Jururawat berkenaan dikatakan telah memuatnaik status di Facebook dengan merendah-rendah dan memperkecilkan kemampuan Ahmad Bashah sebagai seorang ahli politik dan Menteri Besar Kedah baharu.
image
“Zaman sekarang tanpa laki kita blh hidup LA.. Kalau setakat laki cam Ahmad Bashah tue, nak tak tadbir dri sendiri pun xlrt, ada aty lgi nak tadbir kedah….,” ujarnya dalam Facebook berkenaan.

Disamping bertugas sebagai penjawat awam di hospital berkenaan sebagai staff nurse, pemilik akaun Facebook bernama Nur Hidayah Mahmud itu juga menyahut seruan Datuk Ahmad Maslan iaitu melakukan dua kerja, melalui bisnes sampingan di media sosial.

Disamping menggunakan Facebooknya untuk menjual barang dan berkongsi cerita hariannya, Nur Hidayah juga turut berkongsi status-status politik, termasuklah dari Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
image
Persoalannya sekarang, wajarkah seorang penjawat awam kakitangan Kementerian Kesihatan seperti ini dengan terbukanya memaki hamun dan memperkecilkan pemimpin?
image
image

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment