Tuesday, February 09, 2016
Tiada Pilihan Lain Bagi Umat Melayu Islam Hanya UMNO Penyelamat Melayu Islam
"Servis di tangan Tun Mahathir..."
Memang dah dijangka, ini akan menjadi gerakan terakhir drpd kelompok
anti-Najib untuk menjatuhkan Najib... strategi ini pernah dilakukan oleh
Tun M pada tahun 1988, dan nampaknya ia terpaksa digunakan semula...
Mereka yang telah terlibat dlm politik UMNO sejak sebelum 1988 pasti masih
ingat apa yang sebenarnya berlaku ketika itu... Tun M yang ketika itu baru 7
tahun memimpin UMNO sbg Presiden, mungkin terlalu sibuk mengatur
pentadbiran negara, hingga terlupa mengukuhkan kedudukan parti...
Akibatnya, muncul gerakan dari dalam UMNO dikepalai oleh Timbalan
Presiden ketika itu, Tan Sri Musa Hitam, menggunakan Tengku Razaleigh
Hamzah yang mempunyai pengaruh kuat pihak istana sebagai proksi untuk
menumbangkan Tun M... (aku akan kongsikan punca2 berlaku kebangkitan ini
dlm posting akan datang secara berperingkat...)
Yg penting, gerakan ini mmg cukup kuat dan sudah cukup sebenarnya untuk
jatuhkan Tun M... sewaktu pengiraan undi yg dilakukan beberapa kali
setelah mendapat bantahan, KuLi menang pada kiraan pertama... tp
kemudiannya terpaksa akur tewas kpd Tun M pada kiraan kali ke-2 dan ke-3
dgn hanya kelebihan tidak lebih 5 undi...
Apa yg berlaku selepas pemilihan ini? Tun M sedar, kali ini dia
menang... belum tentu dia dapat pertahankn kemenangan ini pada pemilihan
akan datang, jika dia tidak melakukan satu tindakan drastik utk
melumpuhkan terus kekuatan lawan dan menghalang pihak lawan mengumpulkan
kekuatan semula utk menjatuhkan...
Pengharaman UMNO lama ketika itu dijadikan batu loncatan utk Tun M
menyusun semula UMNO yg baru ditubuhkan semula... Tun M mengarahkan
jentera parti yg diketuai oleh Setiausaha Agong UMNO ketika itu, Sanusi
Junid agar melakukan tapisan seketat-ketatnya terhadap ahli2 yg akan
mendaftar semula dalam UMNO baru...
Maka ramailah di kalangan ahli UMNO lama yg memihak kpd KuLi-Musa telah
disekat, digantung dan diperlambatkan pendaftaran keahlian baru
mereka... hal ini menyebabkan KuLi yg tidak berpuas hati memilih untuk
menubuhkan Semangat 46... pujian mungkin boleh diberikan kpd Musa Hitam
dan beberapa pemimpin lain termasuk Pak Lah yg memilih untuk tidak
menyertai KuLi... Musa memilih untuk berundur dari politik manakala Pak
Lah dan beberapa pemimpin seangkatan memilih untuk berehat seketika drpd
kepimpinan tertinggi...
Maknanya, Tun M ketika itu berjaya menjatuhkan dan membunuh karier
politik seterunya, Musa Hitam, dgn cara mengorbankan dan mengharamkan
UMNO lama... tak pe lah, ketika itu Tun M bertindak sebagai Presiden dan
'servis' berada di tangan...
Bagaimana pula halnya dgn Najib sekarang, iaitu utk jatuhkan Najib? Kita
sudah sedia maklum, Tun M sudahpun menggunakan pelbagai cara untuk
menjatuhkan Najib, tp sehingga kini masih gagal... lebih malang, anaknya
sendiri yg tumbang...
Tinggal lagi satu sahaja cara, dan cara ini mmg sgt berisiko, jika Najib
masih tidak tumbang, maka penamat utk Tun M, malah turut terheret
sekali ahli keluarga dan seluruh sekutu-sekutunya, samada yg nyata
mahupun yg masih bersembunyi dlm UMNO... Bagaimana? Seperti yg katakan
td, utk hancurkan UMNO dari dlm mmg sukar, tidak seperti 1988 yg mana
dirinya sendiri sbg Presiden... Najib sbg Presiden UMNO tentunya
sudahpun memperkukuhkn kekuatannya di dlm parti...
Mahu tidak mahu, Tun M perlu menerjah dr luar iaitu dgn membentuk proksi
baru utk org Melayu iaitu dgn menubuhkan parti baru yg mirip dgn
UMNO... jika ini berlaku, Tun M dan sekutu-sekutunya perlu bekerja keras
utk menarik sokongan seramai mungkin dr kalangan ahli2 UMNO, khususnya
barisan kepimpinan di semua peringkat terutama mereka2 yg mempunyai
nama, terkenal dan berpengaruh...
Sekadar sama kuat sahaja tidak cukup, malah dianggap berniat jahat mahu
memporak perandakan kesatuan org Melayu... Tun M perlu pastikan
gerakannya ini lebih kuat drpd UMNO pimpinan Najib, barulah alasan ahli
UMNO menolak kepimpinan Najib boleh digunapakai...
Tempoh masanya? Matlamat mesti dicapai sebelum pemilihan agong UMNO akan
datang... jika tidak ia akan dianggap usaha yg sia2... jika berjaya,
maka Najib akan diturunkan menjelang pemilihan dan TSMY dijangka akan
mengambil alih kepimpinan, yg mana ketika itu kedua-dua parti iaitu UMNO
dan parti baru pimpinan Tun M akan kembali bersatu...
Jika gagal... Tun M dan kesemua sekutu-sekutunya akan kekal dalam parti
serpihan tersebut, dan dianggap sebagai petualang orang Melayu dan
UMNO... ruang utk mereka kembali ke pangkuan UMNO mungkin ada, tetapi
jgn mimpi untuk mengambil semula tempat yg mereka tinggalkan ketika
memilih utk membelot drpd UMNO...
Manakala buat Tun M dan ahli keluarganya, anda mungkin sudah boleh
melupakan taikun2 kroni yg selama ini memayungi kalian hasil drpd
merompak hak negara dan rakyat... kerana tentunya, taikun2 ini juga
tidak akan lg mendapat walau sedikit ruang utk berkongsi hak kekayaan
dan kemakmuran negara, selagi mana Najib menjadi Presiden UMNO dan
Perdana Menteri Malaysia...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment