Monday, April 13, 2015

Kemana Hala Tuju PAS Hadapi PRU14

13 April 2015 : Selepas hebat dikritik, dicaci, dipulaukan dan ditendang ke kiri kanan oleh rakan pakatan terutamanya DAP, kini PAS melalui saat genting apabila kumpulan ulama mahu disingkirkan dari memegang jawatan tertinggi parti.

Muktamar Pas pada kali ini dijangka menjadi satu pentas perebutan kuasa yang amat hebat, dimana keputusan pemilihan mesyuarat PAS kawasan yang sedang berlangsung banyak memihak kepada Husam Musa. Husam masih mendahului bagi jawatan Presiden iaitu mendapat 44 undi, manakala Hadi Awang baru 36 undi dan Dr Mujahid Rawa 1 undi.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEju86GsKGSIuNoGUi4sM-uIpMYUoDjmAn25N9YAxw6i8SftBXWUsQEGAuNcEeOTsYjdOBj0avEKNaHSw_obCZC6gZ9WssnqxWHkAV3FAuFbC7Il6fIdjWnbV1W0sMGmxQ910LI43x-9rU8P/s1600/MUKTAMAR_PEMUDA_PAS_170914_TMINAZIRSUFARI_10-900x576.jpg
Bagi jawatan Timbalan Presiden Pula, kedudukan Mat Sabu sukar digugat dimana masih mendahului dengan 46 undi, Tuan Ibrahim Tuan Man 31 undi manakala Nik Amar, Salahudin Ayub dan Husam Musa memperoleh 1 dan 2 undi.

Ini menunjukkan bahawa kumpulan ulama kini ditentang hebat oleh kumpulan aktivis didalam Pas. PAS berdepan cabaran besar baik dari akar umbi mahupun dari rakan pakatan. Ada saja yang tidak kena jika presiden keluarkan arahan.

Facebooker PAS Tok Usin Ceroi (TUC) saban hari mendedahkan “jebon-jebon” yang menjatuhkan kumpulan ulama. Bukti serangan yang dibuat oleh kumpulan ini didedahkan dalam FB milik TUC. Jika dilihat pada dasarnya, perbalahan ini bukan datang dari akar umbi sahaja malah perbalahan dengan rakan dalam Pakatan.

Ideologi Pas selepas PRU 13 tidak seperti dulu. Jika sebelum PRU13 matlamat mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Kini untuk hadapi PRU14, mereka masih mencari rentak untuk berjuang sama ada melaksananya hudud atau terus bersama pakatan.

Tambahan pula sekarang ini, prinsip dan ideologi PAS tidak selari dengan PKR dan DAP. Isu hudud, pilihanraya kerajaan tempatan dan menolak Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar Selangor adalah punca utama pergaduhan ini berlarutan hingga sekarang.

Jika dilihat kestabilan politik antara Pakatan dan Barisan Nasional, Barisan Nasional tetap utuh sejak pilihanraya pertama. Berbanding dengan pakatan yang mula goyah sejak Barisan Alternatif.

PKR dan DAP hanya mengharapkan undi dari akar umbi PAS untuk memenangkan parti mereka. Malah, jika datangnya musim Pilihanraya sekalipun, jentera PAS lebih banyak digunakan untuk membuat kerja berbanding PKR dan DAP hanya pandai bercakap.

Soalnya sekarang, PAS perlu mencari titik noktah dalam perjuangkan mereka. Jika mereka rasa kerjasama antara PKR dan DAP tidak memberi sebarang makna dalam perjuang, keluarlah dari pakatan dan wujudkan kerjasama dengan parti seagama dan sebangsa.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment