Wednesday, April 08, 2015

PRK Permatang Pauh Catat Sejarah Buat SPR

8 April 2015, Putrajaya : Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Permatang Pauh mencatat sejarah tersendiri buat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana ia perlu diadakan berikutan keputusan mahkamah.
http://malaysiagazette.com/sites/default/files/field/image/anwarazizah_0.jpg
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sepanjang pengetahuan beliau, suruhanjaya itu tidak pernah mengadakan PRK sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disebabkan wakil rakyatnya dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah.

“Ini satu perkara baharu buat SPR. Berdasarkan pengalaman saya sejak menjadi pengerusi, tidak pernah ada PRK kerana keputusan mahkamah.

“PRK yang diadakan adalah disebabkan kematian wakil rakyat atau penyandangnya meletak jawatan,” katanya dalam sidang media berkaitan PRK Parlimen Permatang Pauh di sini, hari ini.

SPR menetapkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, penamaan calon pada 25 April manakala pengundian awal ditetapkan pada 3 Mei.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Dipetik daripada sumber : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment