Wednesday, July 01, 2015

ADUN DAP Kinrara Mahu Rakyat Malaysia Langgar Undang-Undang

EDITOR MENULIS...
1 JULAI 2015

Nampak sangat kurang cerdiknya ADUN DAP Kinrara ni apabila dia menjadikan kod pemakaian di pejabat kerajaan sebagai modal politik. Bila kita kata bodoh, nanti ada pula yang melenting kerana ia dikatakan keterlaluan, tapi memang nampak sangat kebodohan yang cuba ditunjukkan.

Apa masalah dengan memakai pakaian sopan untuk berurusan di pejabat khususnya pejabat kerajaan? Ada masalah ke untuk mematuhi peraturan memakai pakaian yang sesuai didalam bangunan yang dikhaskan untuk urusan rasmi?
ADUN DAP tu buat kempen berpakaian ikut suka hati jika mahu berurusan di pusat khidmatnya di Kinrara. Antara ayat didalam poster kempen tersebut, orang ramai dibenarkan memakai apa sahaja pakaian asalkan jangan berbogel. Ia dibuat kononnya untuk menghormati kebebasan berpakaian individu terbabit.

Kalau dah macam tu, kempen "melanggar kod etika" tersebut tak ubah seperti kempen melanggar undang-undang yang ditetapkan didalam negara. Hanya kerana hak kebebasan individu, undang-undang sedia ada pun boleh dilanggar sesuka hati.

Cuba bayangkan, mungkin jika DAP berkuasa didalam negara, tiada lagi undang-undang jalanraya khususnya lampu merah serta had laju di jalan persekutuan serta lebuhraya. Alasannya ialah pandulah kenderaan macam mana cara sekalipun asalkan jangan kemalangan atau menyebabkan kematian.

Atas kebebasan hak individu, DAP tak mustahil akan mansuhkan penggunaan lampu isyarat serta had laju di jalanraya suatu hari nanti. Boleh ke macam tu?

Mungkin ADUN DAP tersebut serta para macai gerombolannya tidak faham dengan maksud kod etika. Bagaimana untuk membezakan antara pejabat kerajaan dan juga pasar jika kod etika tidak dikuatkuasakan? Orang cina menjadikan skirt pendek serta seluar katok sebagai pakaian rasmi mereka tak kiralah di pasar ataupun dimana-mana mereka pergi.

Tetapi mereka tahu pulak berpakaian elok ketika menghadiri upacara perkahwinan serta upacara pengkebumian kaum keluarga serta sahabat handai. Ini bermakna, pemahaman mengenai kod etika berpakaian amat kurang bagi kaum ini. Ia berbeza dengan masyarakat India dan juga bangsa melayu yang lebih tertib.

Kesimpulannya, tiada salah apa-apa dengan kod pemakaian di pejabat kerajaan yang dikuatkuasakan sejak sekian lama. Kaum cina ini tak merungut pun dengan kod etika berpakaian di kasino serta kelab-kelab mewah yang mereka sertai. Tapi kenapa mereka membantah kod pemakaian di Pejabat Kerajaan? Mesti ada sebab disebaliknya.

Diharap, ADUN DAP Kinrara tersebut boleh memakai seluar pendek serta baju pagoda setiap hari jika ke pusat khidmat beliau dan juga ke majlis-maajlis rasmi DAP. Ia selaras dengan kempen pakai ikut suka yang dicanangkannya sekarang. Itupun kalau dia berani lah kann...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment