Wednesday, July 01, 2015
Ridhuan Tee Cabar Ultra Kiasu Masuk Gereja Pakai Seluar Dalam
Pendakwah dan juga pensyarah, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini
mencabar puak ultra kiasu dan pihak yang tidak bersetuju dengan etika
pemakaian, untuk masuk ke gereja dengan hanya berseluar dalam.
Menyifatkan
puak yang membantah kod etika itu sebagai tidak bertamadun, beliau
berkata tidak ada agama yang membenarkan penganut mereka berpakaian
mencolok mata.
“Puak-puak jenis ini manusia tak bertamadun. Tidak ada agama yang membenarkan pakaian mencolok mata.
“Elok
juga mereka-mereka ini masuk ke gereja atau tokong dengan berseluar
dalam sahaja selepas ini jika tidak percaya kepada etika pakaian,”
katanya ketika dihubungi ISMAweb.
Beliau diminta mengulas
tindakan pemimpin parti cauvinis DAP, Ng Sze Han, yang sengaja menyindir
kod etika pemakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu kelmarin mengeluarkan satu
notis di facebooknya, membenarkan orang yang mahu berurusan di Pusat
Khidmat Kinrara memakai apa saja jenis pakaian, kecuali berbogel.pusat
khidmat kinrara 2
Sze Han berkata, orang ramai boleh memakai
skirt atau seluar pendek, baju tanpa lengan atau apa saja pakaian yang
dirasakan selesa.
Selain itu, dia juga memuat naik gambar yang
menunjukkan tujuh cara berpakaian yang boleh dipakai untuk berurusan di
pusat khidmat itu.
Antara yang boleh dipakai ialah pakaian sukan gimnas, pakaian ketat dan kain berbelah di bahagian paha.
Awal
bulan lalu, isu kod etika pemakaian di jabatan kerajaan menjadi hangat
apabila seorang wanita Cina berpakaian skirt pendek atas paras lutut
yang mahu berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarah memakai
kain sarung oleh anggota RELA yang bertugas di jabatan itu.
Gambar
wanita itu kemudian menjadi viral dalam media sosial hingga mendapat
kecaman daripada pemimpin dan penyokong parti cauvinis itu.
Selain itu, dua wanita yang juga memakai pakaian tidak sopan dihalang berurusan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment